Projek BTO Jun di Marsiling siap dalam masa kurang 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan penjualan lebih 1,350 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan ini dengan tempoh menunggu sekitar 3 tahun.
Malahan 790 flat itu akan siap dalam masa kurang tiga tahun.
Ia merupakan kumpulan pertama flat-flat dengan Masa Menunggu Lebih Singkat (SWT) yang dilancarkan tahun ini.
790 flat SWT itu dibina di Woodlands di bawah projek Marsiling Peak I dan akan siap dalam masa kira-kira 2 tahun 11 bulan.
Projek BTO di Woodlands, Marsiling Peak I, akan disambungkan dengan Marsiling Lane dan Admiralty Road. Projek tersbeut mempunyai tiga blok kediaman, antara 31 hingga 35 tingkat.
Kemudahan yang bakal disediakan termasuk pusat kejiranan di mana sebuah pasar dan pusat makanan akan ditempatkan.
"Kemudahan lain di bandar Woodlands termasuk Causeway Point dan Woodlands Civic Centre juga berhampiran," tambah HDB.
Lebih 500 flat dalam projek GreenTopaz di Tampines pula mempunyai masa menunggu 3 tahun satu bulan.
Projek tersebut disambungkan dengan Tampines Avenue 1, Tampines Street 92 dan Tampines Street 94.
Empat blok yang akan dibina adalah antara 12 hingga 13 tingkat, dengan 560 unit disediakan.
Salah satu blok mempunyai 24 unit sewa.
Kemudahan disediakan termasuk pasar raya, kedai di kawasan kejiranan, sebuah tempat makan dan prasekolah.
Stesen MRT Tampines West berada di sebelah projek itu.
Dua projek di Woodlands dan Tampines tersebut menawarkan flat-flat dari jenis dua bilik Flexi hingga 5 bilik.
Secara keseluruhannya HDB menawarkan penjualan 6,800 flat BTO bulan ini.
Baki projek-projeknya terletak di Jurong East, Kallang-Whampoa, Queenstown dan Yishun.
Pemohon flat perlu mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) sebelum mereka boleh memohon flat baharu.

Sumber : CNA/MU/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.