Projek BTO 60 tingkat dilancar di Pearl's Hill; pertama dalam lebih 40 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Projek perumahan awam tertinggi di Singapura akan dilancarkan di Pearl's Hill dalam beberapa tahun akan datang, menjadikannya projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di kawasan itu dalam tempoh lebih empat dekad.
Projek baharu itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat di parlimen pada Rabu (4 Mac) semasa perbahasan tentang rancangan peruntukan kementeriannya.
Flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terletak di bekas tapak Outram Park Complex. Ia akan dibina bersebelahan stesen MRT Outram Park.
Projek ini akan terdiri daripada kira-kira 1,700 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik, serta lebih 140 flat sewa awam, menurut HDB dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan bersama.
Dengan ketinggian lebih 60 tingkat, pembangunan itu bakal menjadi projek perumahan tertinggi di Singapura.
Blok-blok tersebut akan mempunyai ketinggian yang berbeza-beza, kata Encik Chee.
Setakat ini, Pinnacle@Duxton adalah projek HDB tertinggi dengan ketinggian 50 tingkat.
“Ini sebahagian daripada usaha kami untuk mencari jalan bagi membina lebih banyak perumahan awam, dengan memperluaskan penggunaan tanah dan membina flat lebih tinggi jika boleh,” kata Encik Chee.
Beliau menambah bahawa blok 60 tingkat boleh menyediakan 50 peratus lebih banyak flat berbanding blok 40 tingkat, iaitu ketinggian kebanyakan blok HDB tertinggi hari ini.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, HDB menyatakan bahawa ia mampu membina blok yang lebih tinggi di kawasan Pearl's Hill kerana terdapat had ketinggian yang kurang ketat di sana.
Agensi itu menambah bahawa ia akan menimbangkan untuk membina lebih tinggi, jika keadaan tapak mengizinkan, untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tanah yang terhad.
Encik Chee berkata: "Kami akan melaksanakannya secara berhati-hati dan sensitif, membina lebih tinggi hanya apabila keadaan mengizinkan. Kami juga akan memberi perhatian khusus kepada reka bentuk dan keselesaan untuk didiami."
Projek BTO baharu ini akan menukil inspirasi daripada warisan Chinatown yang berdekatan dan akan menggabungkan ruang hijau dan landskap dalam reka bentuknya, jelas HDB dan MND.
Penduduk juga akan meraih manfaat daripada keterhubungan yang dipertingkatkan ke ruang-ruang hijau sedia ada, kerana pembangunan ini akan menghubungkan Pearl's Hill City Park dengan MRT Outram Park, tambah pihak berkuasa.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pertama kali mengumumkan pada November 2023 bahawa 6,000 rumah akan dibina secara progresif di Pearl's Hill dalam tempoh 10 tahun.
Rumah-rumah baharu itu akan terdiri daripada campuran flat BTO, flat sewa dan rumah privet, kata URA ketika itu.
Penduduk di sana boleh menjangkakan pelbagai kemudahan dalam pembangunan bercampur penggunaan (mixed-use) yang disarankan untuk disepadukan dengan Stesen MRT Outram Park dan di sekitar kawasan kejiranan bagi memenuhi keperluan harian mereka, kata pihak berkuasa pada masa itu.
Butiran lanjut mengenai projek BTO di Pearl's Hill akan diumumkan apabila ia dilancarkan dalam beberapa tahun akan datang, kata HDB.
PEMBANGUNAN DI TOA PAYOH WEST
Dalam ucapannya, Encik Chee turut mengumumkan pelancaran projek BTO baharu di Toa Payoh Barat, yang akan menjadi sebahagian daripada jualan Oktober.
Terletak bersebelahan MRT Caldecott, projek itu bakal terdiri daripada kira-kira 1,600 unit merentasi lima blok. Ia akan merangkumi 590 flat fleksi dua bilik, 580 flat empat bilik, dan kira-kira 230 flat sewa awam.
Terdapat juga 240 Apartmen Penjagaan Masyarakat untuk warga emas - yang pertama bagi Toa Payoh - dan Pusat Penuaan Aktif.
Kemudahan lain termasuk tempat makan, restoran makanan segera, pasar raya, pusat jagaan kanak-kanak dan kedai, menurut HDB dan MND.
MND dan HDB menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa projek itu akan menampilkan "latar langit teres yang tersendiri" yang mencerminkan ciri lereng bukitnya.
Pihak berkuasa juga akan membangunkan taman kejiranan baharu seluas 1.1 hektar di hadapan projek tersebut.
Butiran lanjut, termasuk klasifikasi projek BTO, akan diumumkan semasa pelancaran pada Oktober.
Rancangan juga sedang dilakarkan untuk pembangunan bercampur penggunaan yang baharu di kawasan itu yang merangkumi unit kediaman persendirian dan pusat beli-belah.
Pusat beli-belah itu akan menyediakan pilihan runcit dan tempat makan kepada penduduk, dan akan mempunyai skala yang serupa dengan Woodleigh Mall di Bidadari, kata Encik Chee.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, HDB menyatakan pembangunan tersebut adalah sebahagian daripada nod komersial baharu di sekitar stesen MRT Caldecott.
Ia akan dilancarkan secara bertahap-tahap dan tidak seiring dengan pelancaran Toa Payoh West BTO yang akan datang.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.