Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek bina tembok laut di Pulau Tekong lebih 50% siap: Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Projek bina tembok laut di Pulau Tekong lebih 50% siap: Desmond Lee

Projek pembinaan polder (daik) di Pulau Tekong. (Gambar: Tangkapan skrin video Desmond Lee/Facebook)

SINGAPURA: Lebih separuh daripada projek 'polder' di Pulau Tekong sudah siap, dan dijadual selesai menjelang hujung 2024. 

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Ahad (17 Apr). 

Polder adalah tanah kawasan rendah yang ditambak dan dilindungi daripada laut  menerusi tembok laut serta rangkaian saliran air, sistem mengepam dan terusan.

Ia sebahagian usaha untuk melindungi Singapura daripada paras air laut yang semakin naik akibat perubahan iklim. 

Projek itu kali pertama diumumkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 2016. 

Dalam satu catatan di Facebook,  Encik Lee berkata beliau telah mengunjungi tapak kerja di Pulau Tekong itu minggu lalu. 

Memberikan perkembangan projek polder tersebut, Encik Lee berkata sempadan polder sudah dibangunkan dan pembinaan tembok laut masih dijalankan. 

Dalam kawasan polder tersebut, kebanyakan kawasan tanah rendah sudah terbentuk dan kerja-kerja peningkatan tanah sedang dijalankan untuk menguatkan tanah, tambah Encik lee. 

Kerja-kerja membina prasarana sebagai persiapan untuk membangunkan kemudahan penting seperti stesen pam dan substesen elektrik juga sudah bermula. 

"Sebahagian besar kawasan Singapura berada di ketinggian empat meter di atas paras laut atau kurang daripada itu. Ini menimbulkan risiko kepada kami sekiranya paras air laut naik akibat perubahan iklim," ujar Encik Lee. 

"Namun, pasukan projek tersebut bekerja rapat dengan kontraktor dan kemajuan baik dicapai." 

Seperti yang dikongsi Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2009, projek di Pulau Tekong itu akan membolehkan Singapura  menimba pengalaman dalam membina polder, yang "mungkin boleh dijadikan pilihan" untuk melindungi kawasan pantai dan daya tahan terhadap kenaikan paras air laut, katanya. 

Singapura bekerjasama dengan Belanda untuk mereka bentuk dan membina polder, sekali gus memanfaatkan pengalaman negara Eropah itu dan menyesuaikannya kepada konteks tropik di Singapura. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan