Projek baharu MBS akan tampilkan suite gah, lebih banyak daya tarikan premium
Gambaran pelukis bagi Marina Bay Sands yang diperluaskan. (Gambar: Safdie Architects)
This audio is generated by an AI tool.
ā(Kami mahu) membina bangunan serba baharu yang berasingan dan berbeza, yang kemudahan-kemudahannya belum kami memiliki hari ini untuk ditawarkan kepada para pelawat dan pelancong pada masa akan datang,ā kata Encik Patrick Dumont, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Las Vegas Sands, yang memiliki MBS.
Projek peluasan itu, yang akan menambah menara keempat kepada apa yang kini menjadi sebahagian daripada latar langit Singapura yang terkenal di seluruh dunia, mengadakan upacara pecah tanah bagi projek tersebut pada Selasa (15 Jul).
Tarikh ia dijangka siap ialah Jun 2030, dengan pembukaan rasmi dijadualkan pada Januari 2031, tertakluk kepada kelulusan daripada pemerintah Singapura.
Buat masa ini, projek peluasan ini diberi nama IR2 - yang akan merangkumi menara hotel dengan 570 suite; pengalaman atas bumbung berbilang tingkat dengan restoran dan taman yang dipanggil "Skyloop"; ruang perjudian baharu; lebih banyak kedai runcit premium, makanan dan minuman (F&B) dan kesejahteraan; serta kira-kira 200,000 kaki persegi ruang mesyuarat.
Arena hiburan dengan 15,000 tempat duduk juga akan ditempatkan bersebelahan dengan menara hotel setinggi 55 tingkat itu.
Dalam temu bual bersama Mediacorp sehari sebelum upacara pecah tanah, Encik Dumont berkata purata saiz suite dijangka lebih besar daripada yang ditawarkan buat masa ini di MBS, di mana suite adalah antara 75 meter persegi hingga 600 meter persegi.
Itulah sebabnya jumlah suite yang dirancang terpaksa dikurangkan dengan ketara daripada kira-kira 1,000 apabila projek peluasan itu mula-mula diumumkan pada 2019, kepada sebanyak 570 yang dimuktamadkan.
"Kami berpendapat saiz itu setakat satu ciri sahaja; reka bentuk adalah satu ciri hospitaliti tetamu yang sangat positif dan mempunyai ruang yang sesuai, yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan mewah tahap tertinggi akan mencipta perbezaan yang luar biasa untuk hartanah ini," kata Encik Dumont.
"Jadi, kami menumpukan usaha kami kepada mutu bilik dan bukan bilangan kunci."
Kawasan perjudian baharu dijangka "lebih kecil" daripada kasino seluas 15,000 meter persegi yang ada di premis MBS sekarang, kata Encik Dumont.
Buat masa ini, MBS dibenarkan 16,000 meter persegi kawasan perjudian yang diluluskan secara keseluruhannya. Ia juga memilih untuk menggunakan kawasan tambahan seluas 2,000 meter persegi, dengan membayar pemerintah Singapura AS$1 bilion dalam bentuk premium tanah tambahan.
Ditanya sama ada firma itu bimbang tentang persaingan serantau daripada kasino-kasino yang berpotensi lebih besar seperti pusat peranginan seumpamanya yang pertama di Jepun di Osaka Bay, Encik Dumont berkata kemudahan baharu MBS itu "memadai untuk memastikan kami mempunyai kemudahan yang diperlukan untuk memuaskan hati pelanggan bernilai tinggi yang datang ke sini".
Beliau menarik perhatian kepada pilihan jamuan dan kesejahteraan premium yang bakal disediakan, dan arena hiburan sebanyak 15,000 tempat duduk. Arena hiburan itu sedang dibina untuk mengadakan persembahan jelajah serantau dan antarabangsa, konsert dan acara langsung berskala besar - ruang yang akan "menyerlahkan lagi Singapura dan memacu lebih banyak pelancongan ke hotel kami dan ke Singapura secara keseluruhannya".
"Kami juga sedang melabur dalam perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mencipta pengalaman unik untuk pelanggan kami menikmati destinasi baharu ini," tambah Encik Dumont.
Dan salah satu sumber ialah Asia Tenggara dengan kelas pertengahan yang muda dan mewah.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai anak muda yang berjaya dan mengecapi kejayaan di seluruh Asia Tenggara. Terdapat ramai usahawan yang sangat bijak, bermotivasi, memburu keuntungan ... ingin menikmati pengalaman melancong," kata Encik Dumont.
Singapura menjadi pilihan utama bagi para pelawat dan pelancong ini untuk "menjalankan perniagaan, dan pada masa yang sama, mahukan pengalaman masa lapang yang hebat bersama keluarga mereka".
"Jadi, kami mahu melabur dalam masa depan itu dan pertumbuhan di Asia Tenggara," kata Encik Dumont.
Beliau turut memerhatikan bahawa media sosial mempunyai kesan yang besar terhadap corak perjalanan.
āDengan mencipta sesuatu yang sangat mewah ā yang mempunyai tahap reka bentuk tertinggi, tahap perkhidmatan tertinggi ā kami akan dapat menangani segmen itu dengan cara yang sangat kompetitif.ā
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.