The Projector belum lunas hutang lebih S$1.2 juta
Anggaran Waktu Membaca:

The Projector di Golden Mile Tower. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Syarikat di sebalik pengendali pawagam bebas The Projector, Pocket Cinema, berhutang lebih S$1.2 juta dengan pemiutang, menurut emel yang dihantar pada Selasa (19 Ogos) malam.
Menurut emel yang dihantar kepada pemiutang dan dilihat oleh Mediacorp, sekitar 2,300 orang yang sudah membeli keahlian serta 721 pemegang tiket secara kolektif berhak menerima bayaran balik sekitar S$104,000.
Pemiutang terbesar ialah syarikat filem Overseas Movie, yang perlu dibayar balik kira-kira S$382,888.
OCBC pula berhak menerima S$200,000, manakala UOB perlu dibayar balik sekitar S$106,818.
Antara senarai pemiutang ialah pengasas bersama The Projector, Karen Tan dan Blaise Camille Trigg-Smith, yang masing-masing perlu dibayar sekitar S$120,785 dan S$100,025.
Pemiutang lain yang turut tersenarai termasuk pertubuhan bukan untung Composers & Authors Society of Singapore (COMPASS), yang sepatutnya menerima sekitar S$17,700, serta Golden Village dan Cathay Cineplexes yang masing-masing perlu menerima bayaran balik sekitar S$9,200 dan S$1,800.
Mediacorp sudah menghubungi syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan komen.
Mm2 Asia, pemilik Cathay Cineplexes, serta Golden Village, bagaimanapun enggan mengulas.
Pawagam bebas itu, yang mula beroperasi pada 2014, mengumumkan pada Selasa (19 Ogos) bahawa ia menamatkan operasinya dan akan memasuki proses pembubaran secara sukarela.
Dalam kenyataannya, Cik Tan menulis bahawa keputusan ini dibuat disebabkan oleh “gabungan kenaikan kos, perubahan tabiat penonton dan keadaan pasaran pengguna yang paling teruk dalam sedekad,” yang menyebabkan syarikat itu “tidak lagi mempunyai hala tuju yang berdaya maju.”
Menurut laman The Projector, syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat membuat bayaran balik secara langsung kerana syarikat tersebut sedang dibubarkan.
Mesyuarat pemiutang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos.
Mediacorp sudah menghubungi The Projector untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.