'Project Happiness' Darul Islah ceriakan sambutan Aidilfitri ibu tunggal & anaknya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jamiyah Singapore)
BERITAMediacorp: Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih istimewa buat Cik Maniseh Mustapha dan anaknya.
Ini setelah rumah mereka berwajah baru pada Syawal kali ini hasil sumbangan Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah menerusi 'Project Happiness'.
Projek tersebut bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menjelang musim-musim perayaan.
Flat sewa dua bilik Cik Maniseh di Ang Mo Kio dikemas, dicat, dipasang dengan peralatan elektronik dan dihiasi dengan perabot baru.
Rumah ibu tunggal berusia 47 tahun itu terpilih kerana dalam keadaan teruk dan memerlukan kerja ubah elok.
Cik Maniseh juga merupakan antara penerima bantuan Jamiyah Singapura.
Beliau menghidapi beberapa masalah kesihatan seperti artritis, kencing manis, kolesterol tinggi dan darah tinggi.
Disebabkan masalah kesihatannya, Cik Maniseh tidak dapat bekerja sejak tiga tahun lalu dan perlu bergantung pada alat mobiliti peribadinya untuk bergerak ke sana sini.

Anaknya pula, Muhammad Rasul, 14 tahun, merupakan kanak-kanak berkeperluan khas dengan masalah jantung yang kini belajar di Persatuan Orang Berkeperluan Khas (ASPN).
Inisiatif 'Project Happiness' ini adalah kerjasama Jamiyah Singapura, rakan-rakan kongsi masyarakat dan beberapa penaja khas.
Antara penajanya adalah, Mini Environment Services Pte Ltd, Makeway Pacific Pte Ltd, Nice 1 Pacific Pte Ltd, One Best Subcontractor Pte Ltd dan Integrated Property Management Pte Ltd.

PARA RELAWAN DARI JAMIYAH, DARUL ISLAH HULUR BANTUAN
Enam relawan dari Rumah Peralihan Jamiyah juga menyingsing lengan untuk menjayakan usaha murni ini.
Jikalau sebelum ini rumah Cik Maniseh kelihatan suram dan sempit, kini lebih lengang dengan susunan perabot baru dan diterangi cahaya matahari.
"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang tolong saya dan dengan suasana pemandangan cuaca yang terang daripada gelap. Sekarang ini, saya dah boleh masuk dalam bilik, nak cuci baju pun saya dah boleh gantung dengan selesa. Jadi terang menerang, saya nak masak pun rasa gembira," kata Cik Maniseh.
Beliau mengutuskan rasa syukur terpilih untuk menerima bantuan daripada Jamiyah dan berterima kasih kepada relawan yang turun padang untuk mengubah suai rumahnya.
Turut hadir untuk memberi kejutan "rumah baru" kepada Cik Maniseh dan anaknya menjelang lebaran adalah Penasihat Pertubuhan Akar Umbi kawasan Ang Mo Kio, Dr Sushilan Vasoo.
"Saya rasa 'Project Happiness' ini adalah projek mendampingi masyarakat yang penting kerana ia menambah baik perpaduan keluarga. Pertubuhan-pertubuhan lain terlibat untuk menyuntik keceriaan, memberi sokongan serta motivasi buat keluarga ini supaya mereka ingin memperbaiki kehidupan mereka," kata Dr S. Vasoo.
Beliau menambah bahawa inisiatif ini boleh dipertingkatkan dan melibatkan lebih ramai sukarelawan.
"Bagi mereka yang sihat dan berkemampuan, ia penting untuk terlibat dalam usaha sebegini untuk menambah baik peningkatan ekologi yang baik," tambah beliau.
DIJEMPUT BERBUKA PUASA DI HOTEL
Bagi menceriakan lagi sambutan Ramadan dan Syawal mereka, Cik Maniseh, anaknya dan para relawan yang bertanggungjawab menyerikan rumahnya, dijemput untuk berbuka puasa di Tanglin's J65 @ Hotel Jen Singapore pada minggu terakhir Ramadan. .
"Salah satu saat yang saya tidak boleh lupakan adalah sesi berbuka puasa bersama dengan makcik di Hotel Jen. Kegirangan dan senyuman yang terukir di muka makcik itu memberi kesan kepada saya. Mungkin pertolongan yang saya berikan bukanlah besar tetapi saya harap usaha saya akan mendorong orang lain untuk melakukan yang sama," kata sukarelawan dari Jamiyah, 'Ridwan' (bukan nama sebenar).
Encik Ridwan bersama dengan lagi 5 relawan dari Jamiyah menghulurkan tenaga dalam projek yang berlangsung selama 8 hari bermula pada 6 April itu.
Mereka berganding bahu untuk membersihkan, mengecat rumah, memasang beberapa kelengkapan elektronik serta menghadiahkan katil dan almari baru buat keluarga itu.
Ini merupakan edisi ke-16 'Project Happiness' dan Jamiyah berharap ia dapat diteruskan.
Usaha ini bagi membantu keluarga-keluarga memerlukan tidak kira kaum dan agama dalam persiapan mereka menyambut musim perayaan seperti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.