'Project Gunting' perkasa penghuni Pertapis, buka peluang kerja gunting rambut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu inisiatif unik yang menggabungkan latihan kemahiran, khidmat masyarakat dan sokongan kesejahteraan warga emas dilaksanakan menerusi ‘Project Gunting’.
Ia merupakan projek perintis hasil kerjasama antara Badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC), Rumah Peralihan Pertapis dan kedai gunting rambut Sultans of Shave.
Program tersebut berlangsung pada Khamis (26 Feb) di Pusat Penuaan Aktif THK @ MacPherson.
Seramai lapan penghuni Rumah Peralihan Pertapis secara sukarela meluangkan masa untuk menggunting rambut penduduk warga emas di kawasan kejiranan itu.
Di bawah bimbingan kakitangan Sultans of Shave, setiap penghuni menjalani latihan selama lima hari — empat hari latihan asas dan hari terakhir untuk penilaian kemahiran.
Inisiatif kali ini merupakan kumpulan ketiga penghuni Rumah Peralihan Pertapis yang dilatih, menjadikan hampir 20 penghuni telah dilengkapkan dengan kemahiran asas menggunting rambut setakat ini.
LALUAN UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN TETAP
Ketua Pegawai Eksekutif Pertapis, Firdaus D’Cruz, melahirkan rasa syukur atas jalinan kerjasama tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu laluan yang lebih tersusun bagi membantu para penghuni membina masa depan yang lebih stabil.
“Saya amat gembira dengan kerjasama kami dengan Sultans of Shave yang telah mengadakan latihan untuk para penghuni kami. Hari ini kami berada di THKMC ni untuk ujian penilaian mereka.
"Kami juga harap mereka dapat rasa yang mereka dapat membantu, bukan hanya setakat penghuni, tetapi juga orang dalam masyarakat dan juga membantu masyarakat iaitu rakyat majmuk Singapura kami," kata Encik Firdaus.
Menurut beliau, sesi penilaian itu bukan sekadar menguji kemahiran teknikal, malah menjadi sebahagian penting dalam proses peralihan penghuni ke alam pekerjaan.
Mereka yang berjaya berpeluang meneruskan langkah seterusnya ke arah mendapatkan pekerjaan tetap bersama Sultans of Shave selepas dibebaskan kelak.
Encik Firdaus turut berharap program tersebut dapat dikembangkan lagi.
“Ini adalah fasa pertama kami. Insya-Allah kami akan bertambah dengan lebih lagi ramai para penghuni. Kami rasa ia menjadikan sesuatu yang amat bagus untuk mereka untuk memberi inspirasi kepada mereka dan mereka dapat tengok yang mereka akan dapat pekerjaan yang amat dialu-alukan untuk mereka," kata Encik Firdaus.
SULTANS OF SHAVE INGIN PERGIAT USAHA, BANTU LEBIH RAMAI INDIVIDU
Ketua Pegawai Eksekutif Sultans of Shave, Lewis Lim, berkata inisiatif tersebut amat bermakna buat pihaknya.
"Kami mendapati ia satu inisiatif yang sangat bermakna, jadi apabila Pertapis menghubungi kami untuk melatih penghuni mereka, kami berfikir bagaimana sebenarnya kami boleh menyusun program untuk melengkapkan penduduk mereka dengan kemahiran asas menggunting rambut?
"Jadi inisiatif ini untuk membolehkan mereka pulih dan kembali ke pangkuan masyarakat sambil mencari rezeki," kata Encik Lewis.
Beliau turut berkongsi bahawa syarikat tersebut merancang untuk memperluaskan inisiatif berkenaan dengan menawarkan khidmat gunting rambut kepada kanak-kanak, selain terus menyantuni golongan warga emas.
PERKASA WARGA EMAS, PUPUK INTERAKSI SOSIAL
Jurucakap THKMC yang juga Pengurus Pusat Utama, Elaine Oh, menyifatkan program itu sebagai satu usaha yang amat dialu-alukan.
"Saya rasa ini adalah satu inisiatif yang bagus untuk menyokong warga emas kita mempromosikan interaksi sosial serta membina keyakinan mereka.
"Pada peringkat masyarakat, saya fikir (inisiatif) ini sangat bagus kerana kita semua berkumpul dalam usaha bersama untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas kita," kata Cik Elaine.
Menurutnya, program seperti ini juga membantu pihak pusat mendekati warga emas lelaki yang mungkin sukar didekati dalam keadaan biasa.
Inisiatif itu diadakan bersempena bulan Ramadan serta Tahun Baharu Cina, sebagai usaha menyemarakkan semangat memberi dan mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum sempena musim perayaan.
Bagi warga emas yang menerima khidmat gunting rambut percuma itu, inisiatif ini membawa makna tersendiri.
Mohamed Noor Abdullah, 82 tahun, tidak dapat menahan sebak ketika ditemui.
“Saya (dulu) gunting dekat kedai sahaja, tapi bila datang hari raya, bulan puasa, hati saya sangat sedih. Saya berterima kasih kepada Pertapis, dapat gunting rambut percuma, semoga Allah murahkan rezeki buat semua," kata Encik Noor.
Secara keseluruhan, sekitar 100 potongan rambut telah dilakukan sepanjang tiga hari pelaksanaan inisiatif tersebut — hari pertama di rumah kebajikan warga emas PERTAPIS, hari kedua di Darul Takrim, rumah warga tua Jamiyah dan hari ketiga di THK @ MacPherson.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.