Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Project 100=50 diperluaskan; manfaatkan lebih 450 keluarga bergaji rendah dan sederhana

Lebih banyak keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Tampines akan meraih manfaat daripada sebuah program yang membolehkan mereka memilih barangan runcit sendiri dan mendapatkan diskaun dari bil mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2019 08:03PM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 04:03PM

SINGAPURA: Lebih banyak keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Tampines akan meraih manfaat daripada sebuah program yang membolehkan mereka memilih barangan runcit sendiri dan mendapatkan diskaun dari bil mereka.

Ini selepas satu skim baru dipanggil "Project 100=50" diluaskan - dan kini merangkumi lebih 450 keluarga, berbanding 100 sebelum ini.

Inisiatif selama setahun itu dilancarkan secara rasmi hari ini (25 Ogos) dengan kerjasama pasar raya Sheng Siong dan kumpulan sukarelawan Heartwarmers.

Pada Sabtu terakhir setiap bulan, ruang bermain hoki di Hab Tampines akan diubah menjadi pasar raya mini.

Bagi penduduk yang layak untuk skim ini, mereka boleh membeli barangan runcit pada separuh harga, atau mendapatkan diskaun maksimum S$50.

Ini berbeza dariada program lain yang menghantarkan barangan kepada keluarga berpendapatan rendah.

"Jadi ini akan membenarkan mereka menjimatkan kos, dan pada masa yang sama mengurangkan pembaziran. Mereka akan memahami kepentingan untuk mendapatkan barang yang hanya diperlukan. Jadi, mereka belajar berjimat, menguruskan kewangan dengan bijak," ujar AP GRC Tampines Desmond Choo. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan