Program visa tidak terlepas dari individu tidak diingini di SG: MHA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar; CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Program visa tidak terlepas dari menghalang individu yang tidak dingini dari Singapura, kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri Sun Xueling, pada Isnin (9 Sep).
Meskipun program visa membolehkan pemerintah untuk memeriksa individu sebelum mereka datang ke Singapura, tiada program yang boleh menghalang pelawat yang tidak diingini sepenuhnya, atau menghalang mereka daripada melakukan jenayah di sini, tambahnya.
Cik Sun, yang juga Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, sedang menjawab soalan di parlimen daripada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai, mengenai sama ada jumlah pemegang Pas Lawatan Sosial dari China yang diberkas meningkat, sejak persetujuan pada Februari yang membolehkan warga China melakukan perjalanan bebas visa selama 30 hari di negara ini.

Beliau juga bertanya sama ada langkah untuk membenarkan warga asing untuk memasuki Singapura melalui laluan automatik di Lapangan Terbang Changi sejak Mei, meningkatkan risiko individu yang "sebenarnya bukan pelancong" untuk masuk ke Singapura.
Cik Sun menarik perhatian bahawa soalan Encik Leong mungkin mempunyai kaitan dengan kes pecah masuk rumah yang berlaku baru-baru ini, yang mana polis mengaitkannya dengan sindiket asing melibatkan warga China.
Menurut Cik Sun, angka atau peratusan pelawat jangka pendek China yang diberkas di Singapura sejak perjanjian perjalanan bebas visa dikuatkuasakan pada Februari tidak meningkat.
Meskipun 14 warga China yang diburu polis disertakan, peratusan pelawat China diberkas di Singapura lebih rendah daripada peratusan pada 2023, tambahnya.
Pemerintah menentukan bahawa risiko keselamatan, jenayah dan imigresen dapat dikawal dan manfaat ekonomi serta dua hala sangat penting, kata Cik Sun, dan ia merupakan kepentingan Singapura untuk mengadakan perjanjian tersebut bersama China.
Menurut Cik Sun, dengan laluan automatik baharu Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), peratusan pelawat yang dilarang masuk ke Singapura juga meningkat.
Ini kerana pemeriksaan bermula sebelum proses tersebut, tambahnya. Sebelum pelawat tiba, ICA menggunakan maklumat penumpang yang diserahkan sebelum itu, termasuk senarai penumpang penerbangan dan maklumat daripada Kad Ketibaan SG, untuk menjalankan analisis data dan penilaian risiko pelawat.
Laluan automatik ICA juga dibantu oleh sistem biometrik. Pelawat berulang, termasuk mereka yang melakukan jenayah di Singapura sebelum ini, yang cuba memasuki negara ini dengan identti berbeza akan dikesan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.