Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program vaksinasi kanak-kanak, kesejahteraan kakitangan jagaan kesihatan antara isu dibincangkan di Parlimen

Vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak, kesejahteraan pekerja jagaan kesihatan dan kesan langkah-langkah meredakan pasaran perumahan terhadap pembeli adalah antara isu yang akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak, kesejahteraan pekerja jagaan kesihatan dan kesan langkah-langkah meredakan pasaran perumahan terhadap pembeli adalah antara isu yang akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin (10 Jan).

Dalam sidang Parlimen pertama tahun ini, Anggota Parlimen (AP) mengemukakan lebih 120 soalan mengenai pelbagai isu, termasuk laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL), sokongan bagi mangsa keganasan keluarga dan penderaan seksual, serta larangan terhadap merokok.

Menurut kertas parlimen yang dikeluarkan pada Jumaat, para AP bertanya tentang potensi kesan sampingan vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak dan jika vaksin bukan mRNA akan ditawarkan.

Beribu-ribu kanak-kanak di Singapura sudah menerima suntikan dos pertama mereka selepas program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula bulan lalu. Buat masa ini, kanak-kanak hanya boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19.

Soalan sama ada langkah vaksinasi dibezakan akan dilaksanakan di sekolah dan prasekolah turut dibangkitkan.

Para AP juga ingin tahu keupayaan Singapura untuk menangani varian Omicron, yang lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

AP Cheng Li Hui (PAP-GRC Tampines) ingin tahu jika lebih banyak dos vaksin diperlukan selepas suntikan dos penggalak, dan jika MOH merancang untuk menggunakan pil antivirus sebagai sebahagian daripada rawatan terhadap COVID-19.

Ketua Pembangkang Pritam Singh ingin tahu berapa ramai rakyat Singapura dan penduduk tetap yang layak dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin namun masih belum berbuat demikian.

Para AP juga mengemukakan soalan tentang penjualan tiket bas dan pesawat bagi laluan VTL yang dibekukan.

Singapura mengumumkan penjualan tiket baru dihentikan sehingga 20 Januari disebabkan "penularan pantas" varian Omicron di seluruh dunia.

AP Lim Biow Chuan (PAP-Mountbatten) bertanya jika langkah tersebut perlu dilakukan sedang Singapura beralih ke arah hidup dengan COVID-19.

Sementara itu, AP Dennis Tan (WP-Hougang) pula ingin tahu bagaimana Pemerintah menyemak langkah-langkah kawalan sempadannya.

Kesejahteraan pekerja jagaan kesihatan juga bakal bincangkan.

MOH ditanya jika ia akan mempertimbangkan untuk melaksanakan had waktu kerja maksimum dan minimum mingguan untuk kakitangan jagaan kesihatan.

Beberapa soalan juga diajukan tentang kes penderaan terhadap pekerja sedemikian.

Para AP juga ingin tahu tentang sokongan yang disediakan bagi pekerja jagaan kesihatan dan "kadar kelesuan" dlam kalangan pekerja tersebut

Isu-isu lain yang akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin termasuk langkah meredakan pasaran hartanah dan kesannya terhadap pembeli.

Tiga Rang Undang-Undang Pemerintah turut diperkenalkan pada Isnin.

Enam AP membuat usulan bagi Pemerintah mempertingkatkan pembiayaan sektor hijau, mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor hijau dan mengukuhkan kebertanggungjawapan korporat sedang Singapura beralih ke sebuah masyarakat yang rendah karbon.

Satu usul penangguhan di penghujung sidang itu - akan dibentangkan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa, yang akan bertanya tentang langkah pengurusan selamat vaksinasi dibezakan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan