Program UPLIFT diperluas bantu cegah pelajar ponteng sekolah
Program UPLIFT akan diperluaskan untuk membantu mencegah para pelajar yang ponteng sekolah.
SINGAPURA: Program UPLIFT akan diperluaskan untuk membantu mencegah para pelajar yang ponteng sekolah.
Dalam masa dua tahun lagi, program tersebut akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan.
Ia juga akan diperluaskan ke sekolah-sekolah yang mempunyai rekod ponteng sekolah yang lebih tinggi.
Program UPLIFT kini sedang dijalankan di Boon Lay, Bukit Merah, Kreta Ayer dan Woodlands.
Sejak dimulakan pada tahun lalu, ia telah menyokong lebih 300 pelajar dan sekitar 80 peratus pelajar yang menyertai program UPLIFT menyaksikan kadar kehadiran ke sekolah menjadi bertambah baik.
Program perintis itu telah menarik
lebih 100 sukarelawan yang mendekati para pelajar dan keluarga mereka.
Dalam sesi bertemu dengan para sukarelawan petang tadi (7 Ogos), Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman berkata beliau berharap untuk menambah lagi 150 sukarelawan, dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.