Program tukar kerjaya, insentif latihan hingga S$1,600 disediakan untuk pemandu teksi & kereta sewa privet
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/davidf)
SINGAPURA: Program pertukaran kerjaya dan insentif latihan sehingga S$1,600 adalah sebahagian daripada pakej peralihan baharu untuk membantu pemandu teksi dan kereta sewa privet menyesuaikan diri dengan lebih baik di tengah-tengah peralihan kepada kenderaan tanpa pemandu.
Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan, Sun Xueling, mengumumkan langkah tersebut di parlimen pada Selasa (7 Jul) semasa usul mengenai strategi pengangkutan Singapura.
Usul itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pengangkutan dan diketuai oleh pengerusinya, Anggota Parlimen Tin Pei Ling (PAP-GRC Marine Parade-Braddell Heights).
"Kami menyedari bahawa teknologi autonomi dan AI, jika tidak diuruskan dengan baik, boleh membawa gangguan kepada pekerjaan, industri, dan model perniagaan yang sedia ada," kata Cik Sun.
Pemerintah akan melaksanakan penggunaan teknologi autonomi dan AI pada kadar yang boleh diterima oleh penduduk, tambah beliau.
Pakej tersebut dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Grab Singapore, dan ComfortDelGro.
"Pemerintah menyedari bahawa peralihan kerjaya boleh menjadi satu cabaran, terutamanya dengan kos peluang kerana terpaksa berhenti memandu seketika untuk menghadiri latihan," menurut mereka dalam satu kenyataan media bersama.
"Pakej ini dirancang untuk menawarkan sokongan praktikal yang mudah diakses dan memenuhi keperluan pemandu berdasarkan situasi mereka."
Satu program pertukaran kerjaya baharu untuk "pakar AV" akan dilancarkan bagi melengkapkan para pemandu dengan kemahiran teknikal dan operasi untuk peranan dalam sektor AV, seperti pengendali keselamatan, pengendali jarak jauh, dan jawatan pengurusan kenderaan (fleet management).
Program-program ini didatangkan dengan sokongan gaji sehingga 90 peratus, kata Cik Sun.
Ia akan ditawarkan oleh Agensi Pembangunan Kemahiran dan Tenaga Kerja (SWDA) dengan kerjasama rakan industri, MOT, dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
GrabAcademy, iaitu cabang latihan Grab, juga akan menjadi penyedia latihan berdaftar.
Pemandu yang berminat untuk mengejar kerjaya dalam sektor pengangkutan awam juga boleh menantikan laluan baharu di bawah program pertukaran kerjaya untuk karyawan pengangkutan awam, yang akan menyediakan laluan khusus untuk mereka menjadi pemandu bas.
Kedua-dua program pertukaran kerjaya dan laluan baharu ini akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, dan akan ditubuhkan serta diuruskan oleh Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).
Butiran lanjut akan diumumkan oleh SWDA apabila sudah bersedia.
INSENTIF LATIHAN BAHARU
MOT dan LTA akan merintis skim insentif latihan baharu yang memfokuskan kepada kursus-kursus pendek bermula Januari tahun depan, yang akan berjalan selama tiga tahun.
Pemandu yang layak boleh memilih daripada sekitar 2,000 kursus yang disokong oleh SWDA untuk dihadiri dan bakal menerima insentif latihan sebanyak S$20 sejam, sehingga had maksimum 80 jam sepanjang tempoh perintis tersebut.
Ini membawa kepada jumlah insentif latihan sehingga S$1,600 bagi setiap pemandu, yang dapat menampung sebahagian daripada yuran sewa kenderaan dan pendapatan yang terjejas semasa pemandu menjalani latihan.
"Jumlah insentif latihan ini adalah jauh lebih tinggi daripada mana-mana elaun latihan lain yang ditawarkan pada masa ini, kerana kami faham bahawa pemandu mempunyai perbelanjaan tambahan seperti sewa kereta yang perlu diuruskan," kata Cik Sun.
Pemandu boleh menggunakan insentif ini untuk memperolehi kemahiran baharu dan merasai pengalaman awal meningkatkan kemahiran, sebelum memberikan komitmen kepada program jangka panjang seperti program pertukaran kerjaya, menurut MOT dan rakannya.
Pemerintah dan NTUC juga akan mempertingkatkan usaha mendekati pemandu dan bimbingan kerjaya untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu mengenai langkah-langkah sokongan yang ada.
Selain daripada pameran kerjaya dan jerayawara, pemandu boleh mengetahui lebih lanjut menerusi laman sumber baharu yang dilancarkan di laman SWDA.
"Pemerintah akan mengambil pendekatan proaktif untuk membantu pekerja menyesuaikan diri, menyokong peralihan pekerjaan, dan melengkapkan rakyat Singapura dengan kemahiran serta keupayaan yang diperlukan dalam era autonomi dan AI," kata Cik Sun.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kesatuan sekerja dan menyokong tenaga kerja kami sedang profil pekerjaan terus berkembang."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.