Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Transformasi Pusat Penjaja akan dirintis di Geylang Serai, Cheng San

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2022 09:33PM Dikemas Kini : 07 Mar 2022 09:35PM

SINGAPURA: Tampines akan mempunyai sebuah pusat penjaja makanan yang baru.

Ia adalah satu daripada lima pusat penjaja yang sedang dirancang dan dibina dalam masa beberapa tahun ini bagi melestarikan budaya pusat penjaja Singapura.

Kementerian Kemampanan dan Sekitaran juga akan merintis Program Transformasi Pusat Penjaja di Geylang Serai dan Cheng San.

Ia akan mendapatkan pandangan dari Persatuan Penjaja dan Majlis-Majlis Bandaran mengenai bidang kerja yang perlu dilakukan.

Perubahan itu mungkin termasuk penggunaan kipas-kipas khas bagi memperbaiki aliran udara dan tempat mencuci tangan tambahan.

Para penjaja veteran juga akan dihubungkan dengan perantis di bawah Skim Penjaja Pelapis (HSS) bagi memastikan kelangsungan resepi makanan dan kemahiran penjaja.

Selepas tiga bulan, para pelatih akan dinilai berdasarkan masakan-masakan utama mentor mereka.

Penjaja veteran pula akan menerima $5,500 kerana sedia menyumbangkan masa dan tenaga mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa