Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program tingkat keupayaan pencetakan 3D dalam industri aeroangkasa dilancarkan

Satu program yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan pencetakan tiga dimensi (3D) dalam industri aeroangkasa dilancarkan pada Jumaat (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Program tingkat keupayaan pencetakan 3D dalam industri aeroangkasa dilancarkan

(Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 08:52AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 08:55AM

SINGAPURA: Satu program yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan pencetakan tiga dimensi (3D) dalam industri aeroangkasa dilancarkan pada Jumaat (21 Sep).

Dikendalikan secara bersama oleh Kelompok Inovasi Pengilangan Bahan Tambahan Nasional dan Persatuan Industri Aeroangkasa, program tersebut akan melatih para pakar tentang teknologi dan reka bentuk bahagian-bahagian pencetakan 3D. Ia dianjurkan bersama Penguasa Penerbangan Awam Singapura dan Workforce Singapore (WSG).

Program tersebut dilancarkan di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-15 Persatuan Industri Aeroangkasa. Dalam ucapannya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Singapura perlu kekal berdaya saing supaya ia mampu meraih manfaat daripada peluang-peluang yang semakin banyak ditawarkan oleh industri penerbangan.

Beliau menambah, para pekerja perlu terus meningkatkan kemahiran supaya mereka mampu memenuhi tuntutan teknologi baru.

"Pasaran Asia Pasifik satu pasaran yang terus tumbuh, mungkin mencatat pertumbuhan paling pesat dalam industri penerbangan di seluruh dunia, maka terdapat banyak peluang namun persaingan juga sengit," kata Encik Chan.

"Kami bukan sahaja ingin bersaing dari segi saiz atau skala tetapi juga ingin memberi jaminan kepada orang lain tentang kreativiti yang kami hasilkan," katanya.

Encik Chan menambah, Singapura boleh menarik para pelabur dengan menyediakan dasar yang jelas di samping persekitaran yang stabil.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan