Program tangani berita palsu kurang berkesan bagi warga emas, golongan sosioekonomi lebih rendah
(Gambar: Nicolas Asfouri/AFP)
SINGAPURA: Satu kajian mendapat sebuah program celik media sedia ada untuk membantu rakyat Singapura membezakan antara berita benar daripada berita palsu kurang berkesan terhadap kumpulan-kumpulan masyarakat tertentu, seperti warga emas dan mereka daripada latar belakang sosioekonomi lebih rendah.
Ini menunjukkan perlunya untuk menyesuaikan serta menyusun program-program sedemikian bagi segmen-segmen masyarakat berbeza, menurut Pasukan Institut Kajian Dasar (IPS) yang menjalankan kajian-kajian untuk memahami pendedahan rakyat Singapura kepada maklumat palsu.
Dapatan daripada dua fasa terakhir daripada kajian tiga fasa itu dikeluarkan pada Rabu (23 Feb).
Fasa terkini kajian tersebut melibatkan wawancara bertemu muka, tinjauan dan eksperimen bersama lebih 1,000 responden.
Para pengkaji menyeru agar pendekatan yang lebih khusus terhadap kecelikan digital diambil dalam usaha untuk mengekang penyebaran berita palsu di media sosial.
TIDAK TERANG DAN BERGUNA
Kajian itu mendapati warga emas adalah golongan yang kurang berkumungkinan menggunakan apa yang dipelajari daripada program-program celik media berbanding dengan responden-responden yang lebih muda, tidak kira bentuk media apa sekalipun - sama ada inforgrafik, video atau Powerpoint.
Warga emas juga menunjukkan prestasi paling lemah ketika diminta untuk mengingat kembali dengan tempat rangka kerja S.U.R.E "Cari, Faham, Kaji, Nilai" ("Source, Understand, Research, Evaluate"), yang dijalankan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Pada masa yang sama, individu-individu yang mempunyai latar belakang pendidikan atau sosioekonomi lebih tinggi dapat mengingat kembali pelajaran rangka kerja itu dengan lebih baik berbanding golongan lain.
PELAJARAN YANG LEBIH KHUSUS BAGI SETIAP KUMPULAN
Para pengkaji menyarankan supaya golongan warga emas berkenaan diberi tunjuk ajar bahan-bahan yang lebih asas.
Ini bermakna menawarkan mereka yang lebih celik digital dengan peluang untuk menimba "kemahiran dan pengetahuan peringkat tinggi" seperti menangani maklumat yang samar-samar.
Mereka juga boleh diminta membantu dalam kumpulan sosial mereka.
Para pengkaji juga menyarankan program-program kecelikan digital untuk mengandungi lebih latihan praktikal di samping berkongsi kegunaan lelaman untuk memeriksa fakta.
Pembelajaran juga perlu dilakukan seperti perbualan dan disesuaikan dalam situasi awam.
Mereka turut menyarankan agar mengukuhkan kempen kecelikan media yang dijalankan dengan menerapkan teknik-teknik lebih maju.
Ini termasuk membaca menjangkaui tajuk utama dan menawarkan bimbingan jelas tentang cara-cara menilai maklumat.
SIKAP TIDAK PEDULI RAKYAT TERHADAP MAKLUMAT PALSU
Meskipun para responden akur bahawa individu memainkan peranan untuk menentang berita palsu, segelintir daripada mereka keberatan untuk melaporkan tentang berita palsu yang dikirimkan kepada mereka kerana tidak mahu mengecilkan hati kenalan sosial mereka, menurut kajian itu.
Kajian itu juga menarik perhatian bahawa sikap tidak peduli rakyat untuk memainkan peranan yang lebih proaktif terhadap maklumat palsu di media sosial sebagai "rantaian lemah utama".
Menurut kajian itu lagi, sikap terlalu yakin turut disaksikan dalam kalangan warga Singapura di mana mereka bertanggapan bahawa orang lain lebih mudah diperdaya dengan berita palsu daripada diri mereka sendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.