Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program STEMIE bakal diterapkan dalam semua prasekolah Sparkletots dalam 2 tahun mendatang

Anggaran Waktu Membaca:
Program STEMIE bakal diterapkan dalam semua prasekolah Sparkletots dalam 2 tahun mendatang

Gambar fail PCF Sparkletots (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Sekitar 50,000 kanak-kanak berpeluang menimba ilmu baru menerusi program pendidikan yang memberi tumpuan kepada inovasi dan teknologi.

Ini meliputi topik-topik seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik, Rekaan dan Keusahawanan, atau STEMIE.

Program tersebut akan dikembangkan ke semua prasekolah Sparkletots kendalian Yayasan Masyarakat PAP dalam tempoh dua tahun mendatang.

Ia ditawarkan dari peringkat asuhan atau 'nursery' kepada 'K2', iaitu kelas dua tadika.

Projek-projek sebegini merupakan sebahagian daripada program STEMIE.

Kurikulum tersebut mencabar kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan mencari huraian praktikal kepada isu-isu nyata.

Program tersebut telah diterapkan di 180 prasekolah PCF Sparkletots,dan memanfaatkan lebih 13,000 kanak-kanak.

Semasa Pesta 'Future Ready', Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata, persekitaran bagi guru-guru prasekolah perlu dipertingkat, selain landskap pendidikan yang perlu terus berkembang.

"Kurikulum kita semakin bertambah baik. Sekitaran pembelajaran kita juga selamat. Kita memberi guru-guru kita sokongan bagi perkembangan profesional serta latihan lebih baik, agar mereka dapat lakukan tugas mereka dengan lebih berkesan daripada sebelumnya," jelas Cik Teo.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan