Program sokongan mental diperluas untuk ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas
Lebih ramai ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah perkembangan, akan menerima sokongan bagi kesejahteraan mental mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
- Program DayOne yang diperluas dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 ibu bapa.
- Fasa perintis program tersebut mendapati kebanyakan ibu bapa kepada kanak-kanak khas memerlukan sokongan bagi kesejahteraan mental mereka.
- Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) akan menjalankan pemeriksaan kesihatan mental, manakala agensi khidmat sosial AWWA akan melaksanakannya bagi ibu bapa baharu yang menyertai program tersebut.
- "Selalunya, penjaga kepada kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak meluahkan perasaan mereka. Apabila mereka menyertai sesi terapi seperti DayOne, inilah ruang untuk mereka meluahkan apa yang dirasai."
SINGAPURA: Lebih ramai ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah perkembangan, akan menerima sokongan bagi kesejahteraan mental mereka.
Program DayOne yang diperluas dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 ibu bapa.
Ini menerusi pemeriksaan kesihatan mental dan khidmat kaunseling di peringkat masyarakat.
Fasa perintis program tersebut mendapati kebanyakan ibu bapa kepada kanak-kanak khas memerlukan sokongan bagi kesejahteraan mental mereka.
Penjaga-penjaga yang menerima bantuan dilaporkan mengalami tahap keresahan dan kemurungan yang lebih rendah.
Namun, ramai masih memerlukan sokongan jangka panjang.
Fasa kedua program itu pula bertujuan menangani keperluan jangka panjang tersebut, melalui model intervensi bertahap-tahap di peringkat masyarakat.
Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) akan menjalankan pemeriksaan kesihatan mental, manakala agensi khidmat sosial AWWA akan melaksanakannya bagi ibu bapa baharu yang menyertai program tersebut.
Ibu bapa yang mempunyai keperluan sokongan ringan hingga sederhana boleh meneruskan rawatan di KKH atau beralih ke AWWA.
Sementara itu, ibu bapa dengan keperluan sokongan yang lebih tinggi akan dirujuk kepada Allkin Singapura bagi rawatan khusus.
"Selalunya, penjaga kepada kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak meluahkan perasaan mereka. Apabila mereka menyertai sesi terapi seperti DayOne, inilah ruang untuk mereka meluahkan apa yang dirasai.
"Ia merupakan ruang yang selamat di mana perasaan diterima dan disokong. Dan di sinilah mereka menerima sokongan yang diperlukan.
"Kadang-kadang kami menggunakan pendekatan terapi seperti terapi tingkah laku kognitif, penerimaan serta komitmen untuk membantu mereka dalam proses tersebut," kata ahli psikologi kanan, intervensi awal, AWWA, Shalini Elangovani.
Lebih ramai kakitangan AWWA juga akan dilengkapi dengan kemahiran untuk melakukan intervensi dan pemeriksaan yang diperlukan di bawah program tersebut.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.