Program SkillsFuture bagi individu ingin beralih kerjaya ke sektor khidmat sekitaran dilancarkan tahun depan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Program pertama SkillsFuture bagi mereka yang ingin beralih kerjaya kepada industri khidmat sekitaran, bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
Politeknik Temasek dan penguasa sekitaran menjalin kerjasama bagi program latihan sepenuh masa selama tiga bulan itu.
"Ia akan menyokong golongan pertengahan kerjaya untuk mendapatkan kemahiran yang relevan dalam industri itu dalam bidang seperti aplikasi teknologi untuk operasi, pematuhan dan kepiawaian, serta amalan kemampanan," kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.
"Menerusi progam ini, kami ingin menarik lebih ramai bakat pertengahan kerjaya ke sektor khidmat persekitaran yang berpeluang berkembang bagi membangunkan kerjaya yang bermakna dan memberi kesan," tambah Encik Heng.
DPM Heng Swee Keat mengumumkan inisiatif tersebut di acara Hari Singapura Hijau dan Bersih pada Ahad (3 Nov).
Bagi menyokong Tahun Kebersihan Awam yang sedang berjalan, sebuah pondok pembersihan atau 'Cleanpod' baharu, dilancarkan di Taman West Coast.
Ia serupa bangsal masyarakat yang dilengkapi dengan peralatan kerja-kerja pembersihan awam.
Kini terdapat 21 'CleanPod' di merata Singapura.
Encik Heng kemudian menyertai kakitangan dan mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk menanam 50 pokok, termasuk yang ke 50,000 di kampus Kent Ridge.
Ia menandakan titik pertengahan bagi matlamat NUS untuk menanam 100,000 pokok di sekitar kawasan kampus.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.