Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Sihat Menua SG perkasa golongan warga emas hidup aktif dan bermasyarakat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Oct 2023 09:11PM Dikemas Kini : 27 Oct 2023 09:22PM
SINGAPURA: Singapura sedang menyiapkan laluan bagi satu program nasional yang baharu dipanggil Sihat Menua SG.

Ia bertujuan membantu para warga emas menua dengan sejahtera.

Ia sebahagian daripada usaha untuk memperkasa golongan itu agar hidup aktif dan bermasyarakat, agar mereka tidak dipinggirkan.

Ini secara khususnya menyasarkan kesejahteraan warga emas agar mereka dapat memerangi musuh besarnya iaitu pemencilan sosial. Perkara itu menentukan kesejahteraan diri mereka dengan sangat ketara.

Matlamatnya adalah untuk memastikan 80 peratus warga emas mendapat akses kepada kegiatan berdekatan rumah mereka menjelang tahun 2025.

Ini dicapai dengan memperluaskan rangkaian pusat penuaan aktif dan menawarkan lebih banyak pilihan perumahan yang disepadukan dengan khidmat sedemikian.

Pemerintah juga akan meningkatkan skim-skim agar warga Singapura berusia 50-an hingga awal 60-an tahun boleh meningkatkan simpanan mereka untuk tujuan persaraan.
Sumber : CNA/FZ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan