Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program seni bela diri MMA REACH bantu bina belia berdaya tahan

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hadi Qusyairi Muhammad Syah, 16 tahun, pernah dianggap sebagai pelajar yang selalu mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Dua tahun lalu, anak sulung tiga beradik itu dirujukkan pihak sekolah ke Perkhidmatan Masyarakat REACH.

Di sana, Hadi menyertai program seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) at REACH Youth Powerhouse.

Beliau kini berlatih dua kali seminggu bersama-sama dengan 10 belia berisiko lain.

Mereka digandingkan dengan para mentor dan mendapat bimbingan dalam pembangunan diri.

--

"Bila kita berhubungan dengan belia berisiko ini, kebanyakan daripada mereka ada masalah mental, atau masalah kelakuan.

"Jadi dengan program MMA ini harapan kita mereka boleh dikelilingi dengan persekitaran yang positif dengan mentor-mentor yang positif dan berpengalaman," jelas jurucakap Perkhidmatan Masyarakat REACH, Cik Nina Catrina Sara, 47 tahun.

Belia-belia tersebut berlatih di bawah tunjuk ajar Encik Khaizuran Ahmad Salleh.

Melalui sesi-sesi latihan yang dijalankan, mereka mempelajari pelbagai teknik daya tindak untuk diterapkan apabila menghadapi tekanan.

--

Meskipun beliau akur bukan sesuatu mudah untuk mendekati belia berisiko.

"Antara cabaran yang paling sukar ialah kerana mereka tidak mempercayai orang luar. Jadi kita kena menambat hati mereka dan kedua, kita mesti nak kena 'speak their language', kenali isi hati mereka yang sebenar. Mereka ingin seseorang yang betul-betul mendengar apa masalah mereka. Bukan untuk menasihati mereka tetapi untuk mendengar dahulu.

"Itu yang selalunya sukar untuk ibu bapa dan kadang-kala kaunselor untuk mengenal mereka kerana tidak memahami apa yang mereka melalui atau mereka tidak betul-betul menceritakan apa sebenarnya isi hati mereka," jelas Encik Khaizuran.

Hadi kini semakin yakin dan teruja apabila dapat bertanding dengan rakan-rakannya.

--

"Ia benar-benar membantu saya kerana saya dapat meluahkan segala masalah saya. Jadi kalau saya hadapi masalah keluarga, saya akan datang ke sini untuk berbual dengan 'Aunty' Nina tentang apa yang saya hadapi dan beliau juga akan memberi nasihat dan kata-kata sokongan untuk mengatasi masalah itu," kongsi beliau.

Selain MMA, program pembangunan berasaskan sukan lain yang dijalankan termasuk program kecergasan, esukan, dan bola sepak dijalankan setiap minggu.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan