Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program sarjana baharu NUS akan latih pemimpin sektor jagaan kesihatan tangani perubahan iklim

Sebuah program sarjana baharu di Singapura akan menjadi yang pertama di dunia untuk mengajar para pemimpin jagaan kesihatan masa depan tentang cara menangani perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Program sarjana baharu NUS akan latih pemimpin sektor jagaan kesihatan tangani perubahan iklim
Diterbitkan : 18 Nov 2024 07:42PM Dikemas Kini : 18 Nov 2024 07:49PM
SINGAPURA: Sebuah program sarjana baharu di Singapura akan menjadi yang pertama di dunia untuk mengajar para pemimpin jagaan kesihatan masa depan tentang cara menangani perubahan iklim.

Ini termasuk mengurangkan pelepasan kabon dan sisa dalam persekitaran jagaan kesihatan.

Program kendalian NUS itu diumumkan di Astaka Singapura di COP 29.

Sektor jagaan kesihatan menghasilkan lebih banyak sisa berbanding sektor penerbangan dan perkapalan.

Bungkusan plastik contohnya memastikan peralatan perubatan kekal steril dan selamat untuk pesakit.

Namun ia menghasilkan banyak sisa.

Sebagai huraian, tong-tong kitar semula disediakan bagi mengurangkan kesannya kepada alam sekitar.

Program Sarjana NUS bagi Perubatan Mampan menawarkan 50 tempat bagi kohort pertama bagi pengambilan pada Ogos 2025.

Menurut NUS, perubahan iklim menyebabkan penyakit seperti denggi dan masalah kekurangan zat makanan bertambah parah.

Ini justeru bakal meningkatkan beban kepada sistem jagaan kesihatan, dan jumlah bahan sisa.

Maka itu, pihak hospital dan klinik perlu bergiat lebih mampan.
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan