Program 'SaferSG School Challenge' diperluas ke semua sekolah menengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah program polis yang bertujuan memperkukuh kesedaran belia mengenai pencegahan jenayah akan diperluas kepada semua sekolah menengah bermula tahun depan.
Program 'SaferSG School Challenge' merangkumi kegiatan di mana pihak sekolah dan pelajar menyertai pasukan peronda, mencipta kandungan digital atau bantu membimbing rakan-rakan sebaya.
Ini di bawah naungan sebuah gerakan nasional lebih besar yang diumumkan minggu lalu.
Diumumkan semasa Pameran Bergerak Polis di Heartbeat@Bedok, inisiatif itu dibina atas usaha Divisyen Polis Bedok yang menyatukan pihak sekolah, Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) dan para pegawai dari Pasukan Konstabel Khas Sukarela untuk melaksanakan kempen-kempen anti-penipuan dan pencegahan jenayah.
30 buah sekolah ikut serta tahun ini.
Peluasan inisiatif itu bertujuan memperkasa golongan muda untuk mengambil peranan lebih aktif dalam pencegahan jenayah dan keselamatan masyarakat, di tengah-tengah lanskap yang dipenuhi ancaman online.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Goh Pei Ming berkata: "Kebanyakan cabaran hari ini, daripada penipuan online hingga radikalisasi, muncul di ruang digital, yang mana belia kita sangat aktif. Ini bermakna, belia kita sering merupakan garisan pertahanan pertama.
"Merekalah yang pertama mengenal pasti keadaan kurang baik, dan mereka boleh tarik perhatian kepada perkara yang perlukan perhatian. Bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk rakan-rakan, orang tersayang, dan masyarakat kita."
Pemenang-pemenang bagi pertandingan video yang menggalak belia untuk mencipta dan berkongsi pesanan anti-penipuan di media sosial turut diiktiraf semasa acara tersebut.
Tahun ini, hampir 200 kiriman video diterima, meraih lebih 426,000 tontonan secara keseluruhan.
Klip yang paling popular menerima 194,500 tontonan.
Penerima Anugerah '#YouthAgainstScams' Okus Foo berkata: "Walaupun kami masih muda, namun kami boleh mainkan peranan penting dalam menangani isu penipuan yang kita lihat hari ini.
"Kebanyakan kami di sini kerap gunakan media sosial, dan wadah ini sangat baik untuk menyebar maklumat. Jadi mengapa tidak kita gunakan wadah ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap penipuan?"

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.