Skip to main content

Singapura

Program S$200 juta dilancarkan bagi bangunkan bakat, kandungan bermutu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Dec 2025 11:23PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 02:19PM
SINGAPURA: Para karyawan media di Singapura boleh menjangkakan lebih banyak program bimbingan dan perkongsian untuk menghasilkan kandungan yang lebih menarik di peringkat global.

Ini di bawah program baharu bernilai S$200 juta, yang akan berjalan selama tiga tahun.

Langkah itu bertujuan membina sebuah industri media tempatan yang lebih berdaya tahan, di tengah-tengah persaingan sengit dan gangguan kecerdasan buatan (AI).

Para karyawan dan syarikat-syarikat media boleh mendapatkan bimbingan para pakar untuk meraih kemahiran seperti mengembangkan karya, memasarkan idea dan merundingkan perjanjian.

Selain memperkukuh konsep kreatif, ia juga bertujuan membantu mereka meningkatkan kemahiran komersial.

Antaranya, dari sudut perancangan pengedaran dan pemilikan harta intelektual.

Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) juga akan secara bersama membiayai penerbitan yang dapat membantu Singapura menjadi sebuah hab di rantau ini.

Menteri Negara Kanan, Penerangan & Pembangunan Digital Tan Kiat How berkata: "Di Singapura, tumpuan kami adalah untuk membantu para pekerja kekal relevan sedang landskap berubah. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan kami untuk mendahulukan rakyat.

"Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, kita tidak boleh melindungi sektor industri daripada perubahan teknologi.

"Sebaliknya, kami beri tumpuan kepada pembangunan keupayaan supaya tenaga kerja kita boleh kekal berdaya saing dan merebut peluang global baharu."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita