Program 'Rolling Good Times' ajar warga tua elak kecederaan teruk jika terjatuh
Para warga tua kini boleh mempelajari cara untuk mengelakkan daripada mengalami kecederaan teruk sekiranya mereka terjatuh, menerusi program baru 'Rolling Good Times'.
SINGAPURA: Para warga tua kini boleh mempelajari cara untuk mengelakkan daripada mengalami kecederaan teruk sekiranya mereka terjatuh, menerusi program baru 'Rolling Good Times'.
Dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan beberapa rakan kongsinya, program itu dilancarkan pada Ahad (14 Okt) sempena Program bagi Kehidupan Aktif 2018.
Program itu mengajar teknik asas berguling untuk mengurangkan kesan terjatuh bagi mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Ia termasuk senaman berkumpulan untuk membina kekuatan, keseimbangan dan kelenturan.
Kegiatan itu akan dimulakan pada minggu ini di Bedok dan Bishan. Seramai 30 orang sudahpun mendaftar untuk menyertai kegiatan tersebut.
Di acara pelancarannya, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata hampir sejuta rakyat tempatan dijangka berusia lebih 65 tahun menjelang 2030.
Beliau menambah, patah tulang dan hilang upaya untuk bergerak boleh menjejas hebat kesihatan dan mutu hidup warga tua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.