Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Roda-Roda Ramadan sasar bantu 400 keluarga memerlukan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Program Roda-Roda Ramadan (ROW), yang masuk tahun ke-22, dilancarkan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (11 Mac).

Projek kemasyarakatan yang bertemakan 'Membangunkan Masa Depan Kita Bersama', menyasarkan untuk membantu seramai 400 keluarga memerlukan tahun ini.

Antara matlamatnya adalah untuk mempertingkat dan memperkasa keluarga-keluarga berpendapatan rendah dan warga emas memerlukan dengan menawarkan program sokongan yang menyeluruh.

Ini sekali gus memberi mereka akses kepada peluang-peluang meningkatkan diri, di samping meraih kemajuan dalam masyarakat.

Dr Faishal melahirkan rasa gembira bahawa projek anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu atau 4PM itu, bukan sahaja menghulurkan habuan.

Tetapi ia juga menggalak lebih ramai penerima bantuan untuk mengambil kursus-kursus peningkatan.

Institut Sepanjang Hayat misalnya berkongsi maklumat tentang kursus-kursus peningkatan yang ditawarkan melalui inisiatif SkillsFuture.

"Inisiatif pada hari ini adalah salah satu inisiatif di mana kita dapat melihat perjalanan kita sebagai warga Singapura untuk membangunkan masyarakat kita di mana semua pihak turun padang memainkan peranan, memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Faishal kepada BERITAmediacorp.

--

Selain itu, sambutan Hari Keluarga turut diadakan bagi menggalakkan semangat bergotong-royong.

Encik Danish Hisham, Naib Presiden 4PM berkata, Hari Keluarga itu dikembalikan setelah ditiadakan selama tujuh tahun.

Beliau juga berkongsi bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan Hello Bumi untuk melancarkan satu platform online bagi para penerima bantuan membuat tempahan bagi barangan dapur yang diperlukan.

Seramai 200 sukarelawan dari pelbagai institusi terlibat dalam usaha bantuan hari ini.

Projek ROW tahun ini akan berlangsung sehingga Ogos.

Sejak dimulakan pada 2001, lebih 4,000 penerima bantuan sudah meraih manfaat daripada pelbagai inisiatif ROW.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan