Skip to main content

Singapura

Program rintis kesan osteoroporosis diperluas ke semua kelompok NHG Health

Anggaran Waktu Membaca:
Program rintis kesan osteoroporosis diperluas ke semua kelompok NHG Health

Gambar fail seorang doktor menunjukkan imbasan X-ray. (Gambar: Mohammed Abed/AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2025 05:05PM
SINGAPURA: Sebuah program perintis bagi pemeriksaan awal osteoporosis mungkin diperluaskan daripada satu hospital kepada empat hospital di bahagian tengah dan utara Singapura.

Ini ketika jumlah kes osteoporosis bertambah di negara ini.

Kajian-kajian menunjukkan 30 peratus wanita dan 20 peratus lelaki di atas 50 tahun di Singapura menghadapi masalah tersebut.

Hospital Tan Tock Seng, yang menerajui program perintis itu, mendapati retak tulang pergelangan tangan akibat tergelincir atau terjatuh mungkin tanda amaran awal bagi osteoporosis.

Lazimnya, pemeriksaan hanya dijalankan setelah berlaku retak tulang yang teruk pada pinggul atau tulang belakang.

Bagi mengesan keadaan itu lebih awal, TTSH melancarkan khidmat baharu yang menawarkan imbasan kepadatan tulang kepada pesakit yang mengalami retak tulang pergelangan tangan.

Pesakit juga diberikan tip-tip gaya hidup seperti pemakanan dan senaman untuk membantu mereka menguatkan tulang mereka.

Sejauh ini, 80 peratus pesakit yang diuji di bawah program tersebut menunjukkan kepadatan tulang yang rendah.

Terdapat rancangan untuk memperluaskan program tersebut ke semua kelompok kesihatan NHG.

Ini termasuk Hospital Khoo Teck Puat, Hospital Masyarakat Yishun dan Woodlands Health.

Perunding Kanan Jabatan Mikropembedahan Tangan dan Rekonstruktif TTSH, Dr Mala Satku berkata: "Kami menyaksikan semakin ramai pesakit yang mengalami retak tulang pergelangan tangan dan bahkan lebih banyak patah tulang pergelangan tangan serius, yang memerlukan rawatan.

"Setelah retak tulang pergelangan tangan, ada risiko amat tinggi bagi retak tulang pinggul.

"Retak tulang pinggul boleh membawa kepada peluang lebih tinggi perlukan kerusi roda buat seumur hidup dan malah, peluang lebih tinggi menghadapi kematian."
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita