Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program rintis Gift-A-Meal galak orang ramai sumbang makanan di Pasir Ris

Satu program rintis bagi menggalak orang ramai berbakti kepada masyarakat dengan membayar makanan bagi mereka yang memerlukan di Pasir Ris dilancarkan NTUC Foodfare hari ini (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2018 02:29PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 11:32PM

SINGAPURA: Satu program perintis bagi menggalak orang ramai berbakti kepada masyarakat dengan membayar makanan bagi mereka yang memerlukan di Pasir Ris dilancarkan NTUC Foodfare hari ini (14 Jul).

Melalui program 'Gift-A-Meal', orang ramai diajak membuat sumbangan di Pusat Penjaja Pasir Ris Central dalam bentuk hidangan makanan pada harga S$3.50 setiap satu. Ini boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih NTUC Foodfare atau para penjaja.

Dana yang dikumpul dalam program ini akan dikendalikan oleh Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, yang akan mengenal pasti keluarga-keluarga memerlukan. Menurut NTUC Foodfare, sekitar 30 keluarga dijangka meraih manfaat daripada program perintis ini.

Program itu dilancarkan sempena pembukaan rasmi Pusat Penjaja Pasir Ris Central hari ini (14 Jul), yang mula beroperasi sejak bulan Januari.

(Gambar: Vanessa Lim)

Terdapat 20 gerai yang menjual makanan tempatan di tingkat satu bangunan berkenaan dan 22 gerai lagi yang menyajikan hidangan moden di tingkat atas.

Bagi memastikan hidangan makanan dijual pada harga yang dimampui, setiap gerai menawarkan sekurang-kurangnya dua hidangan pada harga dari S$2.80.

Ini selaras dengan peranan utama perusahaan-perusahaan NTUC dalam membantu mengawal kos barangan keperluan seharian, kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan