Program rintis bantu pesakit di hospital barat SG terus dapat sokongan di rumah
Anggaran Waktu Membaca:
- Program rintis oleh Loving Heart dan Hospital Besar Ng Teng Fong membantu pesakit kronik di barat Singapura selepas keluar hospital.
- Jururawat bersara dan penjaga masyarakat terlatih akan memberi sokongan di rumah, termasuk pemantauan kesihatan dan peringatan ubat.
- Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kadar kemasukan semula ke hospital dan tekanan terhadap sistem kesihatan.
- Program menyasarkan 1,000 pesakit dalam dua tahun, dengan potensi diperluaskan ke seluruh negara jika berjaya.
SINGAPURA: Pesakit di barat Singapura dengan keadaan kronik yang kompleks bakal mendapat bantuan di rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital.
Khidmat akan diberikan oleh jururawat bersara dan penjaga masyarakat terlatih di bawah sebuah program rintis.
Ini dapat mengurangkan tekanan ke atas hospital dengan mengurangkan kadar kemasukan semula pesakit.
Inisiatif oleh agensi khidmat sosial Loving Heart dan Hospital Besar Ng Teng Fong itu berpotensi diperluaskan ke seluruh negara.
Percubaan awal juga menunjukkan kadar kemasukan semula ke hospital dalam tempoh 60 hari merosot daripada 40 kepada 31 peratus.
Program baharu itu akan membantu kira-kira 1,000 pesakit di kawasan barat sepanjang tempoh dua tahun akan datang.
Ia menyasarkan penghidap penyakit kronik yang kompleks - seperti kegagalan buah pinggang, jantung atau hati.
Jururawat bersara akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan lebih banyak bantuan sejurus dibenarkan pulang, manakala penjaga masyarakat terlatih akan membuat tindakan susulan dengan mereka di rumah.
Ini termasuk peringatan untuk makan ubat dan menghadiri janji temu serta pemeriksaan tekanan darah dan simptom.
Naib Presiden, Pusat Berbilang Khidmat Loving Care, Dr Loke Wai Chiong berkata: "Pesakit yang tidak ikut (jadual) ubat mereka, yang tidak ikut nasihat doktor dan jururawat selepas pulang ke rumah, mereka boleh jadi lebih teruk dan akhirnya dimasukkan semula dan menetap di hospital. Kami mahu mencegah perkara itu jika boleh."
Sebagai permulaan, 25 penjaga masyarakat bakal dilatih untuk mengesan tanda-tanda kemerosotan pada pesakit.
Lebih ramai mungkin akan dilatih sedang sistem jagaan kesihatan semakin bergantung kepada masyarakat untuk mengisi keperluan tenaga kerja bagi sektor tersebut.

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.