Skip to main content

Singapura

Program rintis baharu mahu lengkapkan 100 pelajar dengan kemahiran AI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 May 2026 10:15PM Dikemas Kini : 01 Jun 2026 12:26PM
SINGAPURA: Industri kewangan Singapura sedang memperkukuh laluan antara pendidikan dengan pekerjaan.

Ini termasuk satu projek rintis baharu yang bertujuan melengkapkan 100 pelajar dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran sektor kewangan yang diperlukan.

Mereka akan menjalankan projek-projek berkaitan industri dan menerima bimbingan daripada para karyawan kewangan.

Mulai Ogos, sekitar 20 institusi kewangan akan terlibat dalam program itu.

Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) menyatakan, ia merancang untuk memperluaskan lagi program tersebut.

Program rintis tersebut terbuka kepada mahasiswa sarjana muda dalam mana-mana disiplin pada tahun kedua hingga keempat mereka di universiti.

Ia termasuk kelas pakar atau 'masterclass' untuk memberi mereka pemahaman asas tentang AI, dan pembelajaran amali.

Para peserta mungkin ditawarkan peluang latihan amali atau pelatih.

Berucap di pelancarannya semasa Fiesta Industri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata, matlamatnya adalah untuk menyepadukan pendedahan industri dengan pengajian formal.

"Ramai pelajar sudah memperoleh pengalaman praktikal melalui latihan amali, program bekerja sambil belajar, atau mengambil cuti untuk mengikuti latihan penempatan lebih lama. Pengalaman ini berharga.

"Namun akses kepada pendedahan sedemikian tidak seharusnya bergantung hanya kepada keupayaan pelajar bagi mencari peluang sendiri atau sama ada mereka mampu menangguhkan tamat pengajian untuk latihan amali yang lebih lama", kata DPM Gan.

DPM Gan menambah, jawatan peringkat permulaan kini semakin kompleks.

Majikan juga mencari pengalaman yang relevan di samping kelayakan akademik.

Itulah sebabnya bank pusat dan IBF bekerjasama dengan industri untuk memperluas rangkaian latihan amali.

Terdapat rancangan untuk menawarkan 1,000 jawatan sedemikian dalam tempoh setahun akan datang.
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita