Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program, prasarana muzium dipertingkat agar lebih inklusif

Daripada lawatan fizikal hingga prasarana lebih mesra pengguna. Itulah antara usaha muzium-muzium tempatan untuk menjadi lebih inklusif kepada semua golongan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Program, prasarana muzium dipertingkat agar lebih inklusif

(Gambar: Facebook/ACM)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 08:51PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 09:33PM

SINGAPURA: Daripada lawatan fizikal hingga prasarana lebih mesra pengguna.

Itulah antara usaha muzium-muzium tempatan untuk menjadi lebih inklusif kepada semua golongan masyarakat.

Ini menyusuli audit mudah akses yang diumumkan di Parlimen dua tahun lalu.

Tidak seperti muzium biasa, Muzium Tamadun Asia menggalak pengunjung memegang bahan pameran yang ada.

Diterajui pemandu muzium seperti Joan Hung yang mempunyai kurang daya penglihatan, pengunjung dapat menikmati pengalaman yang berlainan di sini.

Bagi pengunjung kurang upaya, perkara-perkara kecil seperti itulah yang amat berharga.

Daripada bagaimana label ditempatkan kepada mekanisme pintu buka tutup.

Di Galeri Nasional pula, pengunjung boleh mendapatkan panduan online untuk mengetahui di mana tempatnya ciri-ciri seperti tanjakan dan lif supaya dapat membantu golongan istimewa merancang lawatan mereka.

Panduan itu sudah ditontoni lebih 12,000 kali sejak dilancarkan Ogos lalu.

Muzium Seni Singapura yang berada di tapak baru pula akan menampilkan lif bagi pengunjung berkerusi roda dan lawatan berpandu audio apabila dibuka semula pada Januari tahun depan.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan