Program pertukaran dilancarkan bantu pekerja ceburi sektor rangkaian bekalan
Sebuah program pertukaran profesional baru dilancarkan bagi melatih para pekerja pertengahan kerjaya yang ingin menceburi sektor rangkaian bekalan.
SINGAPURA: Sebuah program pertukaran profesional baru dilancarkan bagi melatih para pekerja pertengahan kerjaya yang ingin menceburi sektor rangkaian bekalan.
Ia sebahagian daripada usaha memastikan Singapura kekal tangkas dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan.
Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata ia juga satu langkah yang dialu-alukan oleh syarikat-syarikat.
Sepanjang dua tahun akan datang, sehingga 100 pekerja PMET akan menjalani latihan setahun bagi menggalas peranan baru dalam bidang-bidang seperti analisis data, perancangan rangkaian bekalan serta pengurusan projek.
Menurut Cik Teo, industri logistik merupakan antara sektor yang dijangka akan berkembang, terutamanya dengan kewujudan peluang-peluang perniagaan baru yang dirangsang oleh beberapa faktor seperti kelas pertengahan yang kian berkembang di Asia, sektor e-dagang yang berkembang pesat serta kemajuan teknologi.
Namun faktor-faktor itu turut membawa gangguan pada industri.
Oleh itu, beliau berkata negara perlu membina sebuah ekosistem yang tangkas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.