Program perintis Polaris bantu 500 pelajar rancang laluan kerjaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan muda yang bakal menyertai tenaga kerja boleh mendapatkan bimbingan kerjaya daripada para pakar industri mulai awal tahun depan.
Ini apabila inisiatif Relawan Penasihat Kerjaya bagi pekerja pertengahan kerjaya kelolaan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) diperluaskan untuk juga meliputi pemohon kerja baharu.
Program perintis yang dipanggil Polaris oleh VCA itu menyasarkan untuk membantu 500 pelajar melakar laluan kerjaya mereka.
Sejak dilancarkan empat tahun lalu, inisiatif VCA itu sudah memberi manfaat kepada lebih 7,600 inidividu.
WSG menyatakan lebih 97 peratus peserta turut mengesyorkan program tersebut kepada yang lain.
Semasa mengumumkan program Polaris di acara penghargaan untuk para penasihat kerjaya, Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad berkata langkah tersebut akan meningkatkan kesejahteraan kerjaya rakyat Singapura.
"Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa individu agar mengorak laluan kerja jangka lebih panjang melalui latihan kerjaya dan mendalami pengetahuan dan kemahiran seseorang itu, dengan memahami jenis pekerjaan dan industri yang berkembang.
"Dengan itu, rakyat Singapura boleh mengambil langkah proaktif bagi memperbaiki kerjaya mereka melalui latihan, belajar sewaktu bekerja dan peralihan kerjaya yang dirancang," kata Encik Zaqy.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.