Program peralihan kerjaya bakal "dipertingkat" untuk selamatkan pekerjaan di tengah perubahan struktur syarikat
Sebuah jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi yang ditugaskan untuk meneroka cara menguruskan kesan penyusunan semula struktur sedang membuat pertimbangan untuk “meningkatkan” program peralihan kerjaya bagi menyelamatkan pekerjaan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi yang ditugaskan untuk meneroka cara menguruskan kesan penyusunan semula struktur sedang membuat pertimbangan untuk “meningkatkan” program peralihan kerjaya bagi menyelamatkan pekerjaan.
Ini melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang merancang perubahan perniagaan, untuk meningkatkan kemahiran para pekerja mereka secara proaktif sebelum sebarang pemberhentian kerja dilakukan, kata pengerusi bersama jawatankuasa itu, Desmond Choo, pada Isnin (9 Feb).
“Saya rasa ini boleh membantu mengelakkan seseorang daripada tercicir daripada tenaga kerja,” kata beliau kepada wartawan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh Encik Choo, yang juga merupakan Menteri Negara bagi Pertahanan yang juga timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); dan Encik Goh Pei Ming, yang merupakan Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Mereka menyampaikan kemas kini pertengahan penggal berhubung tugas jawatankuasa tersebut, yang merupakan satu daripada lima jawatankuasa yang merangka pelan hala tuju ekonomi Singapura.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut mengumumkan tujuh saranan utama pada Januari lalu, selepas mengumpulkan maklum balas daripada perniagaan dan pekerja.
Encik Choo berkata program peralihan kerjaya, yang dikendalikan oleh Agensi Tenaga Kerja Singapura, menunjukkan hasil yang sangat baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kami boleh memperkukuhkan lagi usaha ini, dengan bekerjasama rapat dengan (persatuan perdagangan dan dewan perniagaan) serta syarikat-syarikat untuk mengenal pasti lebih banyak peluang bagi program peralihan kerjaya,” kata beliau kepada wartawan.
Jawatankuasa itu juga sedang meneliti konsep “jambatan kerjaya” sebagai huraian kepada “tentangan dan kelengahan” yang mungkin dirasai pekerja dalam memperoleh kemahiran baharu dan menukar industri, kata Encik Choo.
Konsep jambatan kerjaya berlandaskan anggapan bahawa “bukan semua kemahiran anda tidak relevan”, dan bahawa para pekerja mungkin sudah memiliki sebahagian besar daripada kemahiran yang diperlukan bagi peranan lain, tambah beliau.
Encik Choo berkata ini melibatkan pembinaan laluan peralihan bagi para pekerja dalam industri yang lebih terkesan oleh kecerdasan buatan (AI), seperti kerja pentadbiran, untuk beralih ke sektor yang lebih berdaya tahan dan menawarkan laluan kerjaya lain, seperti penjagaan kesihatan.
PEMBERHENTIAN KERJA “TIDAK DAPAT DIELAKKAN”
Pengerusi-pengerusi bersama itu turut menyentuh soal bagaimana sokongan kepada para pekerja yang diberhentikan boleh dipertingkatkan. Encik Choo menyatakan bahawa pemberhentian kerja merupakan “sebahagian daripada perubahan ekonomi yang normal” dan tidak dapat dielakkan apabila syarikat menjalani penstrukturan semula.
Beliau berkata terdapat ruang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak untuk memajukan lagi keperluan pemberitahuan pemberhentian kerja mandatori, supaya pekerja yang terjejas dapat menerima sokongan dengan lebih cepat dan awal.
Pada masa ini, syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja perlu memaklumkan MOM sekiranya mereka memberhentikan seorang pekerja dalam tempoh lima hari bekerja selepas pekerja tersebut dimaklumkan.
Awal Isnin, NTUC menyatakan bahawa dalam perbahasan Belanjawan, ketua buruh Ng Chee Meng akan menggesa agar pemberitahuan awal pemberhentian kerja diwajibkan.
“Pekerja kita harus tahu, dari masa ke masa, bahawa walaupun akan ada turun naik dan perubahan struktur, mereka akan sentiasa dijaga,” kata Encik Choo.
Beliau turut menekankan pentingnya menyokong perkembangan kerjaya pekerja.
“Apabila seseorang terlalu terlibat dalam pekerjaan dan bekerja untuk memastikan mereka memenuhi keperluan tugas, sering kali mereka mengabaikan peningkatan kemahiran,” kata beliau.
“Kami mahu memastikan perkembangan kerjaya diperkukuh, dengan memastikan setiap pekerja berpeluang melalui satu penilaian ke atas kedudukan semasa mereka dan apa yang perlu dipertingkatkan.”
TIADA INDUSTRI SENJA
Dalam menyentuh saranan-saranan jawatankuasa tersebut kepada perniagaan, Encik Goh menghuraikan tiga jenis syarikat yang ingin disokong mereka melalui penstrukturan semula.
Jenis pertama ialah syarikat yang ingin berkembang, sama ada dengan mendalami kepakaran dan menjadi lebih khusus, memanfaatkan teknologi, atau menempatkan semula produk mereka ke pasaran yang lebih besar.
Jenis kedua ialah syarikat yang terbuka untuk menilai semula pendekatan perniagaan mereka dan menyatukan operasi kepada sektor teras yang lebih menguntungkan.
“Tiada industri senja di sini, tetapi faktor akan berubah. Faktor seperti sentimen pasaran, perubahan permintaan atau teknologi boleh menjadikan sebahagian daripada tawaran perniagaan mereka kurang relevan,” kata beliau.
“Dari semasa ke semasa, syarikat perlu membuat penilaian tentang aspek mana yang terus mereka melabur dan berikan penekanan, serta bahagian mana yang perlu mereka undurkan diri.”
Encik Goh berkata syarikat-syarikat sedemikian sudah menyuarakan keperluan sokongan bagi peralihan-peralihan tersebut, dan jawatankuasa itu akan “melangkah ke hadapan” untuk meneroka bagaimana untuk menyediakan panduan yang lebih baik.
Jenis ketiga adalah syarikat yang terbuka untuk meneroka pengembangan ke luar negara.
Encik Goh berkata jawatankuasa itu sedang meneliti pelbagai penghuraian, termasuk meningkatkan skim sokongan untuk membantu syarikat mendakap teknologi dan memudah cara pengembangan serantau.
Jawatankuasa itu juga sedang mempertimbangkan usaha untuk menghubungkan syarikat-syarikat tersebut dengan rakan-rakan kongsi bagi peralihan perniagaan, dan menyediakan khidmat nasihat serta perundingan berhubung kedudukan perniagaan, selain berkongsi hala tuju industri yang lebih luas.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.