Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penukaran Kerjaya sasar pikat 300 pekerja ke sektor hijau jelang akhir 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Program Penukaran Kerjaya sasar pikat 300 pekerja ke sektor hijau jelang akhir 2023

Artisan Green. (Gambar: Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 26 Dec 2022 07:28PM Dikemas Kini : 26 Dec 2022 08:55PM
SINGAPURA: Lebih 30 pekerja pertengahan kerjaya dilengkapi dengan keupayaan bagi pekerjaan dalam ekonomi hijau, sejak satu program menimba semula kemahiran dilancarkan awal tahun ini.

Pakar-pakar memuji langkah meluaskan tenaga kerja seperti itu, namun memberi amaran, mungkin tiada pekerjaan sesuai bagi pekerja sedemikian kecuali perniagaan kecil turut menyertai gerakan mampan.

Antara yang menceburi sektor hijau termasuklah Encik Loh Heng Woh, 60 tahun.

Setelah 90 kali permohonan kerjanya ditolak, Encik Loh memutuskan untuk meningkatkan kemahirannya pada Ogos lalu.

Beliau memilih untuk meningkatkan kemahiran dan cuba pertanian bertingkat.
Kursus yang beliau ambil dikendalikan di bawah Program Penukaran Kerjaya (CCP).

CCP berhasrat menghasilkan 300 pekerja dalam sektor hijau menjelang hujung tahun depan.
Bagaimanapun pakar-pakar sumber manusia menyatakan, dengan lebih ramai mendapatkan kemahiran sedemikian, lebih banyak syarikat juga perlu menawarkan pekerjaan 'hijau'.

99 peratus perniagaan di Singapura adalah
perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Tapi pihak SME masih kurang menjadikan kemampanan sebagai suatu keutamaan kerana kekurangan sumber dan pendanaan.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan