Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penukaran Kerjaya dilancar, lengkapkan 22 pekerja dengan kemahiran kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
Program Penukaran Kerjaya dilancar, lengkapkan 22 pekerja dengan kemahiran kemampanan

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Satu Program Penukaran Kerjaya (CCP) akan diwujudkan bagi karyawan kemampanan, sedang Singapura mengorak langkah ke arah masa depan sifar bersih pelepasan karbon.

Inisiatif yang dilancarkan Agensi Tenaga Kerja Singapura itu bertujuan melengkapkan sekitar 200 pekerja dengan kemahiran seperti pengurusan karbon dan laporan kemampanan, dalam beberapa bulan mendatang.

Ia meliputi skim-skim mereka semula pekerjaan serta program penempatan dan latihan bagi pekerja baru.

"Sedang Singapura melayari gelombang hijau sejagat, lebih banyak pekerjaan berkaitan kemampanan akan diwujudkan dalam industri perkhidmatan sekitaran dan sebagainya. Malah, kemampanan akan semakin menjadi kemahiran dalam pelbagai bidang merentasi pelbagai industri dan fungsi pekerjaan," kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

DPM Heng mengumumkan inisiatif itu semasa majlis pelancaran kempen Singapura Hijau dan Bersih pada Sabtu (3 Dis). Beliau kemudian menyertai usaha menanam 35 pokok di Taman Bishan-Ang Mo Kio.

Pokok-pokok itu meliputi 11 jenis tempatan dan menyumbang kepada sasaran Lembaga Taman Negara (NParks) untuk menanam sejuta pokok menjelang 2030.

Lebih 450,000 pokok sudah ditanam sejauh ini dengan bantuan pelbagai rakan kongsi dan masyarakat am.

"NParks berbesar hati dapat melantik enam Duta Kemekaran Masyarakat baru pada pagi ini. Masyarakat mekar ini adalah sukarelawan yang selalu mempromosikan budaya dan teknik dalam kalangan umat Singapura," kata Timbalan Pengarah, Duta Kemekaran Masyarakat Nur Faezah Mohd Sanif.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan