Skip to main content

Singapura

Program penukaran kerjaya buka peluang 300 individu pertingkat kerjaya sektor maritim

Seramai 300 individu dijangka dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan mereka dalam tempoh dua tahun akan datang di bawah satu program penukaran kerjaya dalam sektor maritim.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Nov 2021 06:52PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 10:43PM

SINGAPURA: Seramai 300 individu dijangka dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan mereka dalam tempoh dua tahun akan datang di bawah satu program penukaran kerjaya dalam sektor maritim.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang kemahiran dalam bidang-bidang seperti analitik data, automasi dan juga robotik.

Selain unsur-unsur yang sedia ada seperti latihan penugasan semula, seorang pekerja dengan tugasannya direka semula, boleh memilih untuk bersiap sedia untuk jawatan baru itu, dalam syarikat yang sama.

Terdapat juga landasan kerjaya yang baru untuk membantu 20 warga Singapura menjadi Pengawas Maritim.

Tugasan itu melibatkan pengurusan pematuhan kapal, kewajiban operasi dan penyelenggaraan.

Menurut Workforce Singapore (Agensi Tenaga Kerja Singapura, WSG) dan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA), permintaan untuk pekerja baru semakin meningkat dalam industri tersebut.

Tawaran pekerjaan telah meningkat lebih 35 peratus antara bulan Januari hingga September tahun ini. 

Sumber : CNA/IA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita