Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program pengenalan bagi rakyat baru diperbaharui Januari depan

Program pengenalan bagi rakyat baru akan diperbaharui Januari depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Program pengenalan bagi rakyat baru diperbaharui Januari depan

Orang ramai di Paya Lebar Square pada 15 Sep 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 28 Nov 2020 07:20PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 07:22PM

SINGAPURA: Program pengenalan bagi rakyat baru akan diperbaharui Januari depan.

Ia akan disesuaikan berdasarkan maklum balas sebuah kumpulan kerja rakyat.

Skim itu dilaksanakan sejak 2011.

Ia merangkumi komponen online dan sesi khidmat kemasyarakatan serta perkongsian dalam masyarakat.

Menurut Pengarah Kanan di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Jill Wong, matlamat kumpulan kerja itu adalah untuk menyegarkan kandungan dan penampilan program online yang dijalani setiap rakyat baru.

Antara 13,000 hingga 16,000 rakyat baru setiap tahun menjalani program tersebut selama dua bulan.

Tujuannya supaya mereka lebih memahami sejarah Singapura, menghayati kelaziman dan nilai-nilai di sini, dan menjalin ikatan lebih kukuh dengan masyarakat tempatan.

Seramai 93 sukarelawan dari pelbagai latar belakang bertemu secara maya sepanjang tujuh bulan lalu untuk mengubah kandungan yang segar dan relevan bagi skim tersebut.

Seorang anggota kumpulan kerja Cik Shahrany Hassan berkongsi, tidak semestinya mudah untuk mencapai kata sepakat.

Namun, kumpulan kerja itu akur tentang peri pentingnya untuk memilih isu-isu yang wajar disampaikan supaya setiap rakyat baru benar-benar menghayati erti menjadi rakyat Singapura.

Sumber : CNA/ZM/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan