Program pengajian baru untuk jururawat dalam Penjagaan Paliatif & Orang Tua
Buat pertama kalinya para pelajar dalam bidang kejururawatan boleh melanjutkan pengajian dalam Penjagaan Paliatif dan Penjagaan Orang Tua.
SINGAPURA: Buat pertama kalinya para pelajar dalam bidang kejururawatan boleh melanjutkan pengajian dalam Penjagaan Paliatif dan Penjagaan Orang Tua.
Ini dengan 50 pelajar yang diterima masuk ke dalam program Sarjana Muda Sains bagi Kejururawatan dengan Kepujian yang ditawarkan secara sambilan dengan kerjasama King's College London dan Akademi Ngee Ann.
Demikian didedahkan di acara pelancaran Akademi Ngee Ann hari ini (2 Ogos).
Kerjasama itu akan membantu menangani keprihatinan berhubung kekurangan tenaga kerja kesihatan untuk penduduk yang semakin menua.
Ia juga yang pertama seumpamanya dianjurkan di luar Britain oleh King's College London.
King's College London adalah antara lima universiti terbaik di dunia bagi bidang kejururawatan.
2 PENERIMA BIASISWA MERUPAKAN JURURAWAT MELAYU/ISLAM
Dalam pada itu, lima pelajar kejururawatan menerima biasiswa program itu dari Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.
Biasiswa itu akan membiayai 50% atau kira-kria $14,000 yuran program tersebut.
Dua daripada penerima biasiswa itu merupakan jururawat Melayu/Islam sepenuh masa yang mengikuti kursus sijil kejururawatan di ITE.
Salah seorang daripadanay, Encik Salihin Ahmad yang kini bertugas di Hospital Tan Tock Seng mula berminat dalam bidang ini sejak di peringkat Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
"Satu cabaran yang saya lalui sementara saya bekerja di Hospital Tan Tock Seng adalah ilmu yang tidak mencukupi. Jadi saya memperbaiki diri dalam bidang kursus ini untuk menjaga lebih baik pesakit-pesakit saya di dalam hospital dan di masyarakat luar juga," katanya.
Seorang lagi ialah Cik Nurulhuda Abdul Majid, jururawat yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.
"Saya percaya pelajaran atau program ini sebenarnya akan memberikan saya pengetahuan dan ilmu kejururawatan yang lebih tinggi agar saya dapat memberi mutu yang tinggi kepada pesakit-pesakit, masyarakat dan keluarga saya," luahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.