Program pendidikan lebih menyeluruh untuk kanak-kanak di Taman Haiwan Mandai
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun boleh menjangkakan program pendidikan yang lebih menyeluruh dan mengasyikkan semasa melawat taman haiwan atau taman hidupan liar lain di Mandai.
Program 'Sekolah Taman Haiwan' baharu itu adalah hasil kerjasama antara Mandai Wildlife Group dan NTUC First Campus.
Ia menyasarkan untuk menyambut lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun menjelang 2030.
"Jika anda mahu membina rumah untuk seekor haiwan, bagaimana rupanya?"
Inilah antara soalan yang diajukan kepada kanak-kanak prasekolah yang mengikuti program Sekolah Taman Haiwan.
Mereka digalakkan untuk memahami apa yang membuat seseekor haiwan itu berasa selesa, serta mencari bahan yang sesuai untuk menyediakannya.
Mandai Wildlife Group menyatakan, program-program sebegini bertujuan menyemai rasa sayang terhadap haiwan serta alam semula jadi dalam diri kanak-kanak, selain membantu mereka membiasakan diri dengan kehidupan liar seawal mungkin.
Timbalan CEO Mandai Wildlife Group Belina Tan berkata: "Kami benar-benar yakin bahawa kesan berinteraksi dan menyelami alam semula jadi dan hidupan liar cukup berbeza apabila anda dapat membina rasa ihsan terhadap haiwan.
"Jadi banyak program kami sebenarnya berpusat pada keupayaan memahami alam semula jadi."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.