Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Pembaharuan Kejiranan (NRP); tawar pelbagai kemudahan bersenam

Para penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Woodlands kini mempunyai pelbagai kemudahan bersenam di taman-taman pemainan serta lukisan-lukisan tembok yang menampilkan Semangat Kampung. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2019 08:23PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 09:02PM

SINGAPURA: Para penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Woodlands kini mempunyai pelbagai kemudahan bersenam di taman-taman pemainan serta lukisan-lukisan tembok yang menampilkan Semangat Kampung.

Semua itu disediakan di bawah Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) yang melibatkan belanja sekitar S$7 juta.

Taman permainan itu memberi pengiktirafan kepada taman-taman permainan ikonik dalam tahun-tahun 1970-an.

Lukisan-lukisan tembok seperti itu pula terdapat di merata kejiranan berkenaan.

Ia memaparkan kehidupan para pendatang awal negara ini bagi mendedahkan golongan muda kepada sejarah negara.

Kemudahan-kemudahan bagi kecergasan jasmani juga dipertingkatkan untuk menggalak gaya hidup aktif.

Semua kerja peningkatan itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan.

"Kita meminta maklum balas daripada penduduk dan saya sangat gembira hari ini kita telah menunjuk hasil perbualan kami tiga tahun lalu. Kita ada pameran-pameran seni yang menunjukkan asal usul kita, yang menunjukkan ciri-ciri kebudayaan kita, dan juga nilai-nilai kita yang murni. Cara kita hidup pada zaman dahulu kerana sebenarnya hidup tak berbeza, nilai-nilainya tetap tidak berubah," jelas Setiausaha Parlimen Kanan, MHA & MOH Encik Amrin Amin. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan