Program pelatih SGUnited disambut hambar golongan pertengahan kerjaya
Satu inisiatif bagi membantu golongan pertengahan kerjaya mendapatkan peluang di bawah program pelatih, tidak menerima sambutan hangat seperti yang diharapkan pihak berkuasa.
SINGAPURA: Satu inisiatif bagi membantu golongan pertengahan kerjaya mendapatkan peluang di bawah program pelatih, tidak menerima sambutan hangat seperti yang diharapkan pihak berkuasa.
Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo pada Selasa (15 Dis) berkata, salah satu sebabnya adalah kerana golongan itu lebih memilih berbanding para lulusan baru.
Setakat ini, sekitar 430 pemohon daripada golongan tersebut sudah mendapatkan peluang bekerja sambil belajar di bawah Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited.
Lebih 4,700 individu pula mendapat peluang latihan di bawah program serupa untuk para lulusan baru.
Pihak berkuasa berharap agar lebih ramai orang akan merebut peluang untuk mempelajari kemahiran baru dalam sektor-sektor yang berkembang.
Namun usaha memadankan para pemohon kerja dengan pekerjaan yang sesuai merupakan satu cabaran.
Maka itu, Cik Teo menggesa lebih ramai majikan dan pemohon supaya memanfaatkan program itu bagi memenuhi keperluan perniagaan baru.
Singtel, misalnya, menggunakan program itu untuk menambah keperluan tenaga kerjanya.
Menurut syarikat telko itu, meskipun para pelatih mungkin tidak diambil bekerja dengannya setelah menjalani program tersebut, mereka mempunyai kemahiran baru yang boleh digunakan pada masa depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.