Program OCBC, beri warga emas hadiah sebagai ganjaran bersenam
Warga emas di Pusat Penjagaan Demensia AWWA di Ang Mo Kio kini diberi ganjaran untuk menjaga kesihatan.
SINGAPURA: Warga emas di Pusat Penjagaan Demensia AWWA di Ang Mo Kio kini diberi ganjaran untuk menjaga kesihatan.
Ini menerusi program 'The OCBC Glowing Years', memberi mata ganjaran kepada mereka apabila mereka bersenam.
Mata ganjaran yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus hadiah-hadiah seperti khidmat mengurut, penjagaan kuku atau potong rambut.
Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko demensia, atau melambatkan penyakit itu.
Inisiatif baru ini yang melibatkan 80 warga tua menunjukkan hasil yang menggalakkan.
OCBC kini merancang untuk meningkatkan program bagi mendekati warga tua lain di bawah penjagaan AWWA, dan badan-badan kebajikan lain yang disokong Bank tersebut.
Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon yang hadir di acara pelancaran program tersebut hari ini (4 Ogos), memuji usaha yang disifatkan sebagai contoh "sektor privet memainkan peranan aktif dalam meningkatkan masyarakat".
"Saya ingin menggalakkan semua (dalam) sektor koporat untuk melihat usaha ini sebagai peran contoh baik yang boleh diteladani, dan diharapkan lebih banyak korporasi akan mengikuti contoh OCBC untuk mendampingi masyarakat," kata Dr Koh yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Ang Mo Kio.
Sekitar 2,000 warga tua dijangka memanfaatkan program tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.