Program nasional, sokongan masyarakat perlu saling melengkapi tangani belia berisiko
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata program nasional dan program masyarakat yang menyokong golongan belia berisiko perlu saling melengkapi.
Puan Halimah berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Sudut Jagaan Khidmat Belia hari ini (31 Mei).
Pusat tersebut menjalankan inisiatif-inisiatif bagi golongan muda yang berasa terasing atau bukan sebahagian daripada masyarakat.
Puan Halimah menambah bahawa beliau berinteraksi dengan golongan muda dan diberitahu bagaimana langkah intervensi membantu para belia mengatasinya.
Beliau turut memuji kerja-kerja pusat ini dalam membantu golongan belia mengemudi masa-masa sukar sedang mereka meniti alam dewasa.
Puan Halimah menulis di Facebook: "Saya berbesar hati dapat melawat Sudut Jagaan Khidmat Belia pagi ini dan mendalami kerja mereka bagi mendampingi dan menyokon belia berisiko.
"Menyaksikan sendiri bagaimana inisiatif-inisiatif ini membantu mereka menangani masalah dan akhirnya berjaya mengukuhkan peri pentingnya sokongan keperluan pembangunan belia kita.
"Kita perlu program nasional dan sokongan masyarakat untuk saling melengkapi demi membantu belia dalam masa-masa sukar ini sedang mereka beralih ke peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka, iaitu zaman dewasa.
"Bersama-sama, saya yakin kita dapat membina sekitaran di mana setiap anak muda rasa dihargai dan disokong."

Sumber : CNA/RU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.