Program 'Moving Generations' bagi rapatkan jurang generasi belia, warga tua kurang berdaya
Temasek Foundation Cares melancarkan satu program baru untuk menghubungkan para belia dengan golongan tua yang kurang berdaya agar warga emas itu dapat terus terlibat dalam masyarakat.
SINGAPURA: Temasek Foundation Cares melancarkan satu program baru untuk menghubungkan para belia dengan golongan tua yang kurang berdaya agar warga emas itu dapat terus terlibat dalam masyarakat.
Program "Moving Generations" bertujuan merapatkan jurang generasi melalui acara 'jalan-jalan naik beca'.
Kegiatan tersebut memberi peluang kepada para belia berbual dengan warga tua semasa menaiki beca selama sejam menyusuri laluan-laluan penghubung taman.
Para tetamu dan warga tua dari pelbagai pusat kegiatan hari ini (29 Ogos) dibawa menikmati pemandangan indah di sekitar Taman Di Persisiran.
Acara itu dirasmikan Presiden Halimah Yacob.
Sekitar 200 sukarelawan sudah mendaftar diri untuk menyertai program itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.