Program MLEP, EMAS disesuaikan ikut kecenderungan pelajar, peredaran masa sepanjang 25 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sewaktu Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) diperkenalkan pada 2001, Cikgu Faten Hana Mustafa masih baru lagi mengajar di Maktab Rendah Tampines.
Kini usianya sudah mencecah 50 tahun dan merupakan antara guru paling lama mengajar program itu.
Cikgu Faten berkata: "Pada waktu itu, saya sendiri kurang pasti apa itu MLEP tetapi saya dan guru-guru lain berusaha untuk memastikan program ini dapat dilancarkan dan para pelajar dapat meraih manfaat. Pada mulanya kira-kira ada dalam 14 orang pelajar sahaja. Jadi kita kena fikir apa yang mereka nak kena buat setiap minggu. Apa yang harus kita lakukan untuk sesi."
"Antara inisiatif pertama adalah untuk menerbitkan buku tahunan Saujana Pujangga. Ia mengumpulkan karya-karya kreatif pelajar ini lebih. Objektifnya adalah untuk memastikan mereka dapat mendalami bermacam-macam aspek kebahasaan, kebudayaan dan juga kesusasteraan," ujar Cikgu Faten.
Sepanjang 25 tahun sejak ia diperkenalkan, Cikgu Fatin melihat evolusi program itu yang disesuaikan dengan perkembangan semasa.
MLEP KINI DITAWARKAN DI 5 SEKOLAH
Pada awalnya, MLEP hanya ditawarkan di Maktab Rendah Tampines dan kini ia diperluaskan ke lagi empat sekolah iaitu Maktab Rendah Jurong Pioneer, Maktab Rendah Kebangsaan, Maktab Rendah Yishun Innova dan Institusi Raffles.
Cikgu Faten menerangkan bahawa adanya lima pusat MLEP itu membolehkan profil pelajar yang rencam dan boleh terus memperkasa serta mendalamkan minat dalam bahasa dan budaya Melayu.
Bahkan, kerjasama antara kelima-lima pusat MLEP itu juga dapat melahirkan kegiatan-kegiatan baharu seperti seminar, forum, wacana intelektual serta inisiatif yang diterajui oleh pelajar sendiri.
Cikgu Faten yang kini mengajar di Maktab Rendah Tampines Meridian berkata: "Sebenarnya kelima-lima pusat ini mempunyai keunikan mereka tersendiri dan di situ kita berkongsi-kongsi idea. Jadi, ia menjadi semakin kayalah dan tidak mengharap pada satu sumber sahaja. Jadi kita boleh berkongsi sumber ini dan memperkayakan lagi pengalaman pelajar dan jadi."
"Misalnya, Seminar Belia yang diadakan di RI. Ia dapat menarik minat para pelajar MLEP lain untuk berkongsi pendapat, mendengar ceramah daripada pakar-pakar dari sudut bahasa dan sebagainya. Jadi saya rasa itu adalah satu perubahan yang baik. Jadi, kita tidak memonopoli tetapi sebaliknya bekerjasama antara satu sama lain dengan tujuan membina pelajar menjadi pelajar yang lebih holistik," tambah beliau lagi.
Secara amnya, para pelajar MLEP dikehendaki mengambil subjek H2 Sastera dan Bahasa Melayu di mana mereka menganalisa secara kritis tentang isu-isu sosial yang berkaitan menerusi teks-teks cerpen, sajak dan drama.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengikuti pelbagai program pengayaan serta kegiatan bahasa dan sastera.
Antara penuntut yang telah meraih manfaat daripada kegiatan-kegiatan MLEP ialah Syafiqah Adha Mohammad Sallehin.
"Saya telah didedahkan dengan pelbagai program pengayaan yang membuat saya lebih peka terhadap bahasa dan budaya Melayu. Seperti bengkel menulis, bengkel drama, ceramah yang diberikan oleh tokoh-tokoh Melayu kita. Saya juga sedikit sebanyak mempelajari tentang muzik tradisional Melayu. Jadi pelbagai kegiatan inilah yang telah membuka mata saya terhadap ataupun pada keindahan bahasa dan budaya Melayu," kata Syafiqah.
Pengalaman sebegitu juga membakar semangat dan minatnya dalam muzik tradisional Melayu sehingga mengasaskan kumpulan muzik Gendang Akustika.
Beliau juga merupakan Duta Bahasa yang dilantik Majlis Bahasa Melayu Singapura dan menyumbang secara aktif kepada inisiatif-inisiatif mempromosikan bahasa Melayu.
MLEP DILUASKAN KE SEKOLAH MENENGAH, SALING LENGKAPI PROGRAM EMAS
Selain kerjasama lebih dinamik antara lima pusat MLEP, beberapa perubahan pada sukatan pelajaran subjek H2 Sastera dan Bahasa Melayu juga telah dilakukan sepanjang 25 tahun lalu.
Menurut Cikgu Faten, sukatan pelajaran itu kerap berubah untuk disesuaikan dengan keperluan pelajar agar mereka lebih memahami dan lebih mahir menganalisis karya-karya sastera.
"Secara terus terang, saya mengatakan sukatan pelajaran lama betul-betul memperkaya pelajar kerana waktu itu mereka harus mengambil subjek Bahasa Melayu Lanjutan peringkat A. Jadi, mereka mempelajari sejarah Melayu daripada bahasa Melayu klasik ke bahasa Melayu moden. Untuk kohort 2001 hingga 2005, apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, mereka sudah tahu banyak, melangkaui apa yang sebenarnya mula diajarkan di universiti."
"Jadi sukatan pelajaran diubah sebab terlalu berat, terlalu banyak. Terlalu luas skopnya bukan setakat kesusasteraan Melayu. Mereka juga belajar kesusasteraan Indonesia. Jadi kita baca novel Keluarga Gerilya oleh Pramoedya Ananta Toer. Jadi payah waktu itu untuk saya dan para pelajar kita memahami dan cuba mengupas novel itu tapi sekarang sudah dimudahkan. Kita sekarang belajar novel, cerpen, sajak, drama dan baru-baru ini, 'syllabus' yang baru ini ada memasukkan petua syair. Jadi itu adalah satu pembaharuan yang saya rasa baiklah kerana pelajar pelajar perlu tahu tentang puisi klasik juga," jelas Cikgu Faten.
Melihat potensi dan bakat pelajar dalam sastera dan bahasa ibunda yang kian kukuh dan berkembang, Kementerian Pendidikan (MOE) melanjutkan Program Elektif Bahasa Ibunda bagi ketiga-tiga bahasa ibunda ke sekolah menengah pula.
Sebanyak tiga buah sekolah menengah telah dikenal pasti untuk Program Elektif Bahasa Melayu di Peringkat Menengah (MLEP-Sec) - Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan Sekolah Menengah Tanjong Katong.
Para pelajar MLEP Menengah ditawarkan buat para penuntut menengah 3 dan 4 dan mereka mengambil subjek elektif Sastera Melayu.
Guru bahasa Melayu di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Rina Haideati Misri berpendapat ia langkah yang baik kerana dapat memberi asas untuk pelajar.
"Kalau mereka mengambil mata pelajaran Sastera di peringkat sekolah menengah, sekurang-kurangnya mereka sudah tahu asasnya. Mereka sudah tahu cara-cara untuk menghayati, memahami dan menjawab soalan dan sebagainya. Saya rasa ini merupakan satu cara yang sangat baik mendedahkan para pelajar di peringkat awal. Kemudian bila mereka masuk ke maktab rendah, ia agak memudahkan mereka sedikitlah," jelas Cikgu Rina.
Bagi mengayakan kemahiran dalam sastera Melayu, beberapa program baharu juga dilancarkan.
"Salah satu program atau acara yang diadakan ialah seminar sastera dan perkhemahan sastera. Jadi para pelajar sastera ini akan dapat berkumpul dan mereka akan membincangkan tema-tema atau tajuk yang relevan dengan mereka. Jadi, saya rasa ini memberikan kesempatan untuk para pelajar dari pelbagai bahasa untuk bertemu dan berkongsi pandangan dan sebagainya dan saya rasa ini satu cara untuk mereka memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kesusasteraan. Dari situ juga saya dapat melihat kematangan fikiran mereka," ujar Cikgu Rina.
Di samping MLEP-Menengah, ketiga-tiga sekolah itu juga menawarkan Program Elektif Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah, lebih dikenali sebagai EMAS turut dilancarkan 25 tahun lalu.
EMAS juga ditawarkan di Institusi Raffles (RI) sejak 2022.
Pelajar-pelajar EMAS dikehendaki mengambil subjek Bahasa Melayu Lanjutan.
Bagi seorang lagi guru bahasa Melayu di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Ezra Sham Mohamed, kedua-dua program EMAS dan MLEP-Menengah itu saling melengkapi.
Beliau yang sudah mengajar para pelajar EMAS sejak 2003 mendapati program itu juga disesuaikan dengan kecenderungan dan kefasihan pelajar dalam bahasa ibunda.
"Mungkin dahulu, lebih kepada ajarnya sangat teknikal macam penjodoh bilangan, sangat tepat tapi sekarang nampaknya pendekatannya lebih kepada untuk pelajar itu bercakap dan saling memahami dalam beberapa perkara yang lebih gunakan bahasa yang lebih tepat. Saya dapati sekarang bahasa berbunga dan kurang digunakan," kata Cikgu Ezra.
"Kadang-kadang dalam dilema, kita nak mempertahankan atau nak mengikut arus nak melawan arus atau mengikut. Jadi kadangkala untuk mencari titik pertengahan, itulah yang menjadikan keadaan dilema bagi saya," tambahnya.
Oleh itu pendedahan awal serta bengkel-bengkel pengayaan yang lebih banyak kini diharap dapat memperdalam minat para pelajar terhadap bahasa dan sastera.
"Para pelajar EMAS diberi pendedahan dari awal untuk melibatkan diri dalam bengkel-bengkel pengayaan seperti penulisan, pantun dan sajak. Mereka diberi pendedahan dari awal dan bukan sahaja mereka tumpukan perhatian kepada pelajaran Bahasa Melayu lanjutan sahaja tetapi program-program pengayaan ini memberi mereka semacam pendedahan awal dan kita harap ada para pelajar yang menyambung minat yang dapat dipupuk," kata Cikgu Ezra.
Antara program EMAS yang mendapat sambutan baik pelajar menurut Cikgu Ezra ialah program lawatan sambil belajar ke luar negara yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2000an.
"Saya rasa itu memberi peluang yang amat baik bagi para pelajar untuk melihat dan berinteraksi dengan para penutur jati bahasa Melayu di negara-negara jiran kita. Jadi melalui program yang diatur, mereka merasai suasana dan juga iklim di mana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa perantara."
"Antaranya kami pernah pergi ke Indonesia, Minangkabau, Sabah dan beberapa negara di rantau jiran. Ia memberi peluang begitu berkesan dengan lawatan yang diadakan dan mereka kadangkala mengenang nostalgia. Saya rasa memberikan kesan yang amat baik dalam sejarah hidup mereka sebagai seorang pelajar," ujar Cikgu Ezra.
Salah seorang bekas pelajar EMAS Sekolah Menengah Anderson, Suraya Suhairi masih ingat lagi lawatan ke Kedah yang meninggalkan kesan dalam dirinya.
"Program pertukaran di antara sekolah saya dengan sebuah sekolah menengah di Kedah. Program itu amat berkesan kerana pada hari ini saya masih lagi berhubung dengan rakan-rakan di Kedah. Ia merupakan peluang untuk saya mendekati dengan rakan-rakan di Asia Tenggara dan dari situ juga untuk mendekati mereka bukan sahaja dari aspek kerjaya tetapi mendekati sebagai daripada seorang warga Melayu di Asia Tenggara," kata Suraya.
Detik-detik manis mengikuti program pertukaran itu antara yang dirakam dalam buku elektronik berjudul ‘Menyusur Akar, Menyulam Budi’ yang dilancarkan sempena sambutan jubli perak EMAS dan MLEP.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.