Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program mentor MARA Kelab MENDAKI labuhkan tirai bagi edisi 2021

Program mentor MARA anjuran Kelab MENDAKI melabuhkan tirainya bagi edisi tahun ini dalam satu majlis penutup yang diadakan online siang tadi (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Program mentor MARA anjuran Kelab MENDAKI melabuhkan tirainya bagi edisi tahun ini dalam satu majlis penutup yang diadakan online siang tadi (24 Jul).

Program-program itu bertujuan membantu mempermudah dan menyediakan wadah interaksi yang lebih dekat antara para mahasiswa dengan golongan karyawan dari industri-industri kewangan dan rundingan, pemasaran, teknologi dan penjualan dan operasi yang menjadi mentor mereka.

Dalam ucapannya di majlis penutup itu, Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan (MOH), Rahayu Mahzam berbesar hati kerana ramai karyawan muda bersedia tampil ke hadapan dan berkongsi pengalaman dalam industri masing-masing kepada para peserta.

"Penting untuk menyumbang semula; membangunkan sebuah ekosistem, supaya jika seseorang lakukan sesuatu untuk anda dan anda lakukan sesuatu untuk orang lain, wawasan ekosistem itu adalah ekosistem yang dikongsi bersama" kata Puan Rahayu.

Tahun ini merupakan tahun kedua program itu diadakan dan ia menarik penyertaan 34 peserta dan 24 pembimbing.

Antara Februari dengan Jun, enam sesi bengkel diadakan di mana para peserta berpeluang mempersiapkan diri bagi dunia pekerjaan dari segi perancangan kerjaya,
panduan menulis resume dan semasa menghadiri temu duga kerja, berkongsi mengenai sektor-sektor utama perniagaan dan amalan-amalan terbaik di tempat kerja.

Ini menurut Kelab MENDAKI adalah satu langkah ke arah membangunkan masyarakat yang boleh saling belajar daripada satu sama lain.

Dalam tempoh lima bulan itu, para mentor dan menti mengadakan sesi-sesi perbincangan yang membuahkan hasil selain menjalin hubungan muhibbah.

"Sebagai seorang menti, saya memperoleh kefahaman mendalam tentang peranan-peranan berbeza dan industri secara amnya serta mengetahui cerita di sebalik tabir daripada para mentor yang bertugas di bank," kata salah seorang peserta, Hazlinda, yang menuntut di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Menyifatkan para menti sebagai "harapan", Cik Rahayu berharap mereka berjaya dan kejayaan itu bermanfaat bagi generasi akan datang serta budaya menyumbang kembali kepada masyarakat akan berterusan.

Cik Rahayu juga mengucapkan terima kasih kepada para mentor.

"Terima kasih para mentor - masa dan dedikasi anda dihargai; bahawa anda prihatin tentang seseorang lain, bahawa anda berusaha demi masa depan orang lain dan membimbing mereka untuk sampai ke tahap itu," ujar Cik Rahayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan