Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Melakar Hala Tuju Singapura masuk fasa baru, usaha dampingi masyarakat dipertingkat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Program Melakar Hala Tuju Singapura kini memasuki fasa baru.

Akan terdapat lebih banyak usaha mendekati masyarakat dan peluang untuk membangunkan bersama dasar-dasar.

Keprihatinan dan saranan yang ditimbulkan juga mungkin membawa kepada tindakan lebih pantas.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang juga Menteri Kewangan berkata, Pemerintah mungkin tidak tunggu sehingga tamatnya program itu pada pertengahan tahun depan untuk bertindak.

"Pelibatan-pelibatan ini akan membolehkan kita memikirkan tentang nilai-nilai kita sekarang dan apa yang kita inginkan pada masa depan, kata Encik Wong di Parlimen pada Isnin (3 Okt).

"Ia akan menjadikan kita peka tentang pilihan-pilihan yang perlu kita buat sebagai sebuah masyarakat dan bagi diri kita sendiri, serta bagi kepentingan jangka panjang generasi masa depan.

"Pendekatan seperti panel-panel rakyat dan Perikatan untuk Bertindak menyatukan rakyat supaya membincangkan isu-isu yang dekat di hati mereka," tambah Encik Wong.

Menurutnya lagi: "Selepas perbincangan-perbincangan antara satu sama lain dan bersama pakar-pakar, sarankan idea-ideanya kepada Pemerintah.
Dan menerusi Perikatan untuk Bertindak, pihak-pihak berkepentingan juga boleh bergabung untuk mengambil tindakan langsung dalam mereka dan melaksanakan huraian-huraiannya."

Program Melakar Hala Tuju Singapura dimulakan empat bulan lalu.

Ia terdiri daripada enam asas utama dengan setiap satu diketuai seorang pemimpin 4G.

Ia bertujuan menyemak semula dan menyegarkan kompak sosial Singapura dengan mengumpulkan maklum balas dan saranan mengenai dasar-dasar negara.

Warga Singapura mungkin berpotensi melihat saranan-saranan mereka menjadi kenyataan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Rakyat Singapura boleh berkongsi pandangan menerusi sesi-sesi perbincangan yang sudahpun dirancang.
Sumber : CNA/DY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan