Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program masyarakat celik digital dapat tokokan S$4.8 juta Dana Digital Sepanjang Hayat

Sekitar $4.8 juta daripada Dana Digital Sepanjang Hayat akan digunakan bagi menyokong kira-kira 20 program baru masyarakat berhubung celik digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2021 06:30PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 09:31PM

SINGAPURA: Sekitar $4.8 juta daripada Dana Digital Sepanjang Hayat akan digunakan bagi menyokong kira-kira 20 program baru masyarakat berhubung celik digital.

Sekurang-kurangnya 100,000 orang dijangka meraih manfaat daripada program-program berkenaan.

Program-program itu termasuk peningkatan kemahiran digital dan latihan keselamatan siber bagi golongan belia, warga emas dan mereka yang kurang upaya.

Antaranya, Program Memperkasa Digital yang melengkapi golongan kurang upaya dengan kemahiran online yang diperlukan di tempat kerja.

Ia juga bagi mereka meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

Program itu bertujuan untuk melatih 140 orang menjelang Mac 2023.

Sejauh ini, 20 orang sudah tamat latihan dan lebih separuh daripada mereka sudahpun mendapat pekerjaan.

Semasa satu lawatan untuk mempelajari lebih banyak tentang program tersebut, Presiden Halimah Yacob menggesa pihak syarikat dan penderma untuk terus menyokong usaha inklusif di ruang digital.

"Mereka juga boleh menjadi lebih berdikari. Mereka juga boleh mengakses peluang-peluang latihan serta pekerjaan dan dengan pembolehan ini, ia memperkasakan diri mereka supaya dapatlah mereka menjadi lebih membolehkan diri mereka menggunakan sumber dan khidmat yang ada," kata Presiden Halimah Yacob.

Sumber : CNA/RU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa