Program latihan jurulatih bola sepak bantu proses pemulihan, integrasi semula para banduan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 16 banduan berjaya meraih Sijil Kejurulatihan Akar Umbi daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melalui sebuah inisiatif pemulihan.
Inisiatif tersebut dilancarkan oleh Young Lions, dengan kerjasama Twinning Project, Yayasan FIFA dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) buat pertama kalinya.
Ia menggunakan bola sepak sebagai wadah untuk menyokong banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara dan pusat pemulihan dadah di Singapura.
"Saya rasa kerjasama ini penting untuk hubungan antarabangsa dan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa penjaga kita bukan sahaja tegas dan berdisiplin tetapi juga untuk mementingkan perubahan dan pemulihan," kata Pegawai Kanan Unit Pemulihan, Muhammad Nur Remy Kamsani.
Program tersebut bertujuan membantu individu memulihkan keyakinan diri, membangunkan kemahiran menjadi jurulatih bola sepak yang penting serta memudahkan proses integrasi semula ke dalam masyarakat.

Mereka turut dibimbing oleh satu pasukan yang merangkumi sekurang-kurangnya seorang pegawai penjara dan seorang anggota barisan jurulatih daripada Young Lions.
PERUBAHAN POSITIF DALAM LATIHAN 6 MINGGU
Pereka program Jurulatih Young Lions, Aidil Sulaiman akui bahawa terdapat perubahan dalam kalangan para peserta sepanjang 6 minggu mereka menyertai inisiatif tersebut.
"Selama 6 minggu ini, impaknya amat baik kerana mereka telah memberi kerjasama dan semangat. Mereka juga banyak bertanya macam mana dan bagaimana selepas ini untuk mereka teruskan. Mereka belajar dari kesilapan dan dari segala apa yang kita kongsikan bersama mereka" kata Encik Aidil.
Walaupun keadaan berlatih berlainan dengan keadaan di luar, ia tidak menjadi sebuah penghalang buat para peserta.
"Secara jujur, tempatnya tidak sesuai sangat kerana ia merupakan gelanggang tertutup. Kalau di dalam penjara ini, kita harus menyesuaikan diri. Jadi sebagai jurulatih, kita kongsikan bersama mereka bagaimana untuk membetulkan keadaan dan kita tidak sepatutnya harus ada satu perasaan mengalah dan selalu sabar sebab di dalam sukan bola sepak, kita selalu ada pasang surutnya," tambah Encik Aidil.

Begitu juga pengalaman positif yang dirasakan salah seorang peserta, 'Zainul' (bukan nama sebenar).
"Saya rasa ia sangat penting kerana saya boleh dapat belajar daripada peserta yang lain dan program ini dan setakat ini, ia sangat menarik bagi saya," kata 'Zainul'.
"Mula-mula saya agak segan sebab saya tidak tahu apa untuk jangkakan tetapi lama kelamaan, program ini ajar saya untuk sentiasa berjuang untuk memperbaiki diri saya," tambahnya lagi.
Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim turut hadir dalam majlis tamat latihan yang berlangsung pada Ahad (15 Feb) di Penjara Changi.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.