Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program latihan baru, gerai inkubasi dipertingkat untuk menyokong penjaja baru

Satu program baru untuk para penjaja akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong mereka yang berminat dalam industri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
02:00 Min
Satu program baru untuk para penjaja akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong mereka yang berminat dalam industri tersebut.
Diterbitkan : 30 Sep 2019 09:21PM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 09:28PM

SINGAPURA: Satu program baru untuk para penjaja akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong mereka yang berminat dalam industri tersebut.

Program dikendalikan NEA dan SkillsFuture Singapore itu termasuk kursus dalam strategi penetapan harga dan pemasaran di media sosial.

Program pembangunan penjaja itu tambahan kepada program inkubasi yang dilancarkan Februari tahun lalu untuk memberi penjaja peluang menimba pengalaman berniaga di pusat makanan sebelum mempunyai gerai sendiri.

Sejauh ini, hanya dua daripada 20 pemohon program itu mempunyai gerai sendiri.

Bagi menggalak lebih ramai pegerai baru, Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor mengumumkan lanjutan rebat sewa 25 peratus berkuat kuasa serta-merta selama enam bulan.

Jumlah itu tambahan kepada rebat sebanyak 50 peratus yang diumumkan Mac lalu bagi pegerai baru selama enam bulan.

Beliau berkata demikian sempena Seminar Penjaja pertama hari ini (30 Sep) di mana 27 penjaja diiktiraf atas sumbangan mereka kepada industri tersebut.

Salah seorang daripadanya ialah Cik Roziah Adon, pemilik gerai Nur Indah Kitchen, yang diiktiraf dengan Anugerah Penghargaan Penjaja Mentor.

"Program mentor akan membantu generasi baru - bagaimana mereka ingin mulakan perniagaan dalam perdagangan penjaja. Mereka akan mengikuti program yang NEA adakan. Kita akan membantu mereka macam mana nak mula daripada resipi, kemahiran dan penetapan harga," kata Cik Roziah. 

Sumber : CNA/HK/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan